awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah

Faida Rahim
Faida Rahim
05/02/2026
07:45 MYT
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Akmal Nasrullah berkata FEM 2026 berjaya menarik penyertaan hampir 5,000 peserta, termasuk pelabur institusi yang menguruskan aset di bawah pengurusan (AUM). - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM 2026) merupakan kesinambungan penting bagi memacu trajektori ekonomi negara ke arah masa hadapan yang lebih makmur.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, FEM 2026 berjaya menarik penyertaan hampir 5,000 peserta, termasuk pelabur institusi yang menguruskan aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai AS$7.3 trilion serta wakil korporat dengan jumlah modal pasaran mencecah AS$226 bilion.
"Alhamdulillah, kita terus menyaksikan minat yang kukuh daripada pelabur, korporat, PKS dan orang awam.
“Ini menunjukkan wujudnya keinginan kolektif untuk membina ekonomi yang lebih teguh dan dinamik," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada forum tersebut di Kuala Lumpur pada Khamis.
Akmal Nasrullah menegaskan bahawa FEM 2026 merupakan titik semak (pivotal checkpoint) kritikal bagi menterjemah kerangka dasar utama kepada keputusan ketara, dengan berpandukan kerangka Ekonomi MADANI dan diperkukuh oleh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).
“Forum ini berperanan menyelaraskan matlamat antara kerajaan, industri, pelabur, dan ahli akademik dalam memacu pertumbuhan, membuka pelaburan, memajukan pembangunan wilayah serta melaksanakan reformasi struktur.
"Kejayaan tidak lagi diukur melalui pengumuman semata-mata, tetapi melalui penyampaian hasil sebenar, keberkesanan mengatasi cabaran, serta kewujudan impak berterusan yang dirasai oleh rakyat dalam tempoh masa yang munasabah," tambah beliau.
Beliau berkata demikian ketika ucapan pembukaan Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 di Kuala Lumpur pada Khamis.
Menyentuh mengenai keberkesanan forum tersebut, Akmal Nasrullah menyifatkan FEM kini berfungsi sebagai "kad laporan" nasional yang memperkukuh disiplin penyampaian melalui ketelusan berasaskan data.
“Dengan menggabungkan dialog terbuka bersama pemantauan sistematik dan akauntabiliti, FEM memastikan setiap syor yang dibincangkan beralih daripada sekadar perbincangan kepada dasar yang boleh dilaksanakan dengan keputusan yang boleh diukur.
“Langkah ini amat penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal inklusif, mampan, dan benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat selaras dengan aspirasi pembangunan negara,” katanya.

Topic Berkaitan
#Forum ekonomi Malaysia 2026
#Rancangan Malaysia Ke-13
#FEM 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan