awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
05/02/2026
09:30 MYT
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada gimik perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pendidikan merupakan instrumen penyetara paling ampuh dalam memastikan kemajuan yang adil dan inklusif kepada seluruh rakyat Malaysia.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa komitmen kerajaan dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada penyediaan sumber kewangan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi tekad untuk melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap sistem pendidikan dan latihan negara.
"Reformasi ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pasaran buruh yang kini sedang melalui fasa peralihan, di mana kemahiran perlu sentiasa diperbaharui, kerjaya berkembang dan pekerja memerlukan sokongan merentasi pelbagai peringkat kehidupan.
"Pendidikan pada masa kini perlu melengkapkan rakyat Malaysia bukan sahaja dengan pengetahuan, tetapi juga kebolehsuaian, daya tahan serta keyakinan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 di Kuala Lumpur pada Khamis.
Beliau menambah, sistem pendidikan masa kini perlu melengkapkan rakyat Malaysia bukan sahaja dengan pengetahuan, tetapi juga kebolehsuaian, daya tahan serta keyakinan untuk menghadapi perubahan.
Mengulas mengenai kemajuan teknologi, beliau menegaskan bahawa kemunculan kecerdasan buatan (AI) sedang membentuk semula dunia pekerjaan dan industri, sekali gus menjadikan keperluan untuk bersedia sebagai satu keutamaan.
Beliau turut menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi perlu bersifat menyeluruh kerana penumpuan manfaat kepada segelintir pihak tidak memberi pulangan jangka panjang.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa kemakmuran turut memerlukan jaminan terhadap keperluan asas kehidupan termasuk penjagaan kesihatan, perumahan serta persediaan menghadapi masyarakat menua.

Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Anwar Ibrahim
#pendidikan
#Forum ekonomi Malaysia 2026
#FEM 2026
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan