MALAYSIA
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Menurut Fadillah, keseimbangan tiga elemen itu penting bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil dan mampu dinikmati oleh rakyat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan hidrogen, Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), serta pengukuhan penghubung tenaga serantau.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Fadillah Yusof berkata, usaha tersebut perlu dilaksanakan secara seimbang bagi menangani “trilemma tenaga” yang merangkumi keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar.
Menurut beliau, keseimbangan tiga elemen itu penting bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil dan mampu dinikmati oleh rakyat, khususnya ketika negara berdepan cabaran peningkatan kos serta peralihan daripada sumber tenaga konvensional.
“Pertama ialah keselamatan tenaga, untuk memastikan kita mempunyai bekalan yang mencukupi dan stabil. Kedua ialah kemampuan kos, supaya ia adil, saksama dan mampu dimiliki, bukan sahaja oleh industri tetapi juga oleh isi rumah.
"Ketiga ialah kelestarian, bagi memastikan setiap langkah yang diambil adalah mesra alam dan tidak menjejaskan generasi akan datang. Menyeimbangkan ketiga-tiga ini merupakan satu cabaran,” katanya dalam sesi Forum Ekonomi Malaysia bertajuk Managing Sustainability and Energy Transition, pada Khamis.
Dalam pada itu, Fadillah berkata penyesuaian tarif tenaga yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini diterima dengan baik, sejajar dengan sasaran negara untuk mencapai 15 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025.
Beliau turut menyifatkan kelulusan Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga sebagai pencapaian penting selepas lebih sedekad usaha, dengan akta tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bagi memperkukuh rangka kerja perundangan sektor tenaga negara.
Mengulas mengenai tenaga baharu, Datuk Fadillah menegaskan hidrogen dan CCUS merupakan antara bidang keutamaan negara. Beliau berkata projek solar terapung di Kenyir yang telah dilancarkan bertujuan memanfaatkan tenaga solar untuk penghasilan hidrogen hijau.
Menurut beliau, PETROS dan PETRONAS akan bekerjasama rapat bagi memacu pembangunan industri hidrogen secara strategik, dengan memastikan manfaat bersama kepada negara. Selain itu, beberapa projek hidrogen baharu turut dirancang di Malaysia Selatan, termasuk Johor, disokong oleh dasar dan strategi sedia ada.
Fadillah turut mengemas kini perkembangan penghubung tenaga boleh diperbaharui serantau, sambil menjelaskan cabaran utama ketika ini melibatkan caj penghantaran, penyelarasan piawaian teknikal dan penyelarasan rangka kerja perundangan antara negara.
“Model asas sudah wujud. Fokus kita kini ialah memperkukuh sistem sedia ada, menyelaraskan aspek teknikal dan meneliti perbezaan undang-undang antara negara. Kerjasama Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura telah membuktikan ia boleh dilaksanakan, dan kini perlu diperkasakan,” katanya.