awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang: Ban pecah di Kampung Batu 5, Kapar, bukan tumpuan

Bernama
Bernama
17/10/2016
23:00 MYT
Fenomena air pasang: Ban pecah di Kampung Batu 5, Kapar, bukan tumpuan
Pekerja Majlis Perbandaran Klang mengangkat beg pasir sebagai persediaan menghadapi gelombang air pasang besar di Kampung Sementa, Klang semalam. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan Selangor mengakui ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan Kapar, di sini akibat fenomena air pasang besar semalam bukan fokus utama penambahbaikan ban dalam peruntukan segera RM4.3 juta yang diluluskan bulan lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana pihaknya lebih memberi tumpuan kepada ban-ban di kawasan lain yang dilihat lebih berisiko dan memerlukan pengukuhan segera berbanding ban pecah berkenaan.
Laporan teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menunjukkan kawasan lain adalah lebih mendesak dan memerlukan perhatian, katanya kepada pemberita selepas melawat ban pecah itu, di sini pada Isnin.
"Ini bukan juga kes terlepas pandang sebab di sini pun pecah hanya 40 meter sahaja dan salah satu puncanya kerana tiada hutan paya bakau di depan ban untuk jadi penghalang ombak," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan penduduk kampung berkenaan kononnya kejadian itu boleh dielakkan sekiranya aduan mengenai lubang hakisan bulan lepas diberi perhatian segera pihak berwajib.
Justeru, Mohamed Azmin berkata kerja-kerja penambahbaikan ban pecah itu sedang giat dijalankan termasuk menggunakan 4,000 beg pasir bagi meninggikannya serta dijangka siap malam tadi dalam menghadapi gelombang air pasang besar seterusnya kira-kira 6 pagi tadi.
Katanya kos pembaikan segera itu ditanggung kerajaan negeri malah ia sebagai langkah jangka pendek demi keselamatan penduduk dalam menghadapi fenomena berkenaan.
Setakat 6 petang Isnin, lima pusat pemindahan beroperasi di sekitar Selangor dengan jumlah mangsa 459 orang, termasuk 133 mangsa banjir di Kampung Batu 5, yang melibatkan lebih 30 rumah terjejas akibat ban pecah tersebut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ban
#fenomena air pasang
#JPS
#Mohamed Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan