Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
MALAYSIA

Fenomena air pasang besar kembali melanda Kelantan

Muhafandi Muhamad 07/02/2016 | 15:27 MYT
Fenomena air pasang dan ombak besar bermula sekitar jam 6.30 petang tadi. - Foto Astro AWANI / Muhafandi Muhamad
Air pasang besar kembali melanda beberapa perkampungan yang terletak di pesisir pantai di Kelantan malam ini.

Kawasan yang terjejas setakat ini, termasuk Kampung Pantai Kundur, Pantai Mek Mas dan Pantai Tujuh Kemayan.

Fenomena air pasang dan ombak besar bermula sekitar jam 6.30 petang tadi, di mana paras air dilaporkan semakin meningkat sebelah malam.

Sehingga jam 11 malam ini, seramai 16 keluarga membabitkan 75 orang sudah dipindahkan.

Air mula pasang sejak jam 6.30 petang Ahad. - Foto Astro AWANI


Mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur.

Beberapa penduduk dari kampung yang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur. - Foto Astro AWANI


Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran air pasang dan ombak besar berikutan angin kencang yang bertiup di kawasan laut Pantai Timur mencecah kelajuan sehingga 60kmj berlaku bermula Sabtu hingga 9 Februari ini.

#air pasang #Kelantan #ombak besar