awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang: Tujuh lokasi berisiko dikenal pasti di Kuala Muda

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/11/2021
04:04 MYT
Fenomena air pasang: Tujuh lokasi berisiko dikenal pasti di Kuala Muda
Polis bersama agensi lain terlibat berada dalam keadaan siap siaga serta sentiasa melakukan tinjauan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan awam terjamin. - Foto ihsan PDRM
KUALA MUDA: Enam buah rumah penduduk di Kota Kuala Muda dimasuki air dalam kejadian air pasang yang berlaku tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, air sedalam 0.1 meter mula memasuki rumah pada jam 12 tengah malam.
Bagaimanapun, tiada pemindahan penduduk dijalankan memandangkan air mulai surut selepas beberapa jam kemudian.
"Pihak polis bersama agensi lain terlibat kini berada dalam keadaan siap siaga serta sentiasa melakukan tinjauan dan pemantauan.
"Ini bagi memastikan keselamatan awam terjamin, di samping bagi bersedia memberikan bantuan kepada individu yang terjejas.
"Sebanyak tujuh lokasi ‘hotspot’ dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi terjejas akibat fenomena air pasang besar di daerah Kuala Muda,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
Katanya, pemantauan dilakukan sepanjang dua hari di kawasan pesisir pantai dan sungai di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda serta Tikam Batu.
Justeru, Adzli mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menghentikan sementara aktiviti pantai sepanjang tempoh fenomena bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Sebelum ini, Jabatan Metereologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mengeluarkan amaran berlaku fenomena air pasang besar yang dijangka pada 4 hingga 7 November di perairan pantai negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
Topic Berkaitan
#air pasang
#kuala muda
#hotspot
#Adzli Abu Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan