KUALA LUMPUR: Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan, orang ramai terutama peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh 'Super Flower Blood Moon' yang muncul malam ini.
Cuma kali ini, orang ramai menonton fenomena itu secara langsung melalui laman YouTube dan Facebook milik Planetarium Negara memandangkan kemudahan teleskop di Planetarium Negara di sini tidak dibuka susulan PKP.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pencerapan Planet Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor berkata kali terakhir kejadian bulan purnama seperti itu berlaku ialah kira-kira 18 tahun lepas iaitu pada 2003.
Beliau berkata gerhana bulan itu dipanggil 'Super Flower Blood Moon' bersempena tiga fenomena yang berlaku dalam satu masa yang menyaksikan 'Super Moon' kerana bulan kelihatan lebih besar sedikit iaitu kira-kira tujuh peratus berbanding saiz bulan purnama lain kerana berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi.
Katanya fenomena kedua ialah 'Flower Moon' kerana berlaku pada musim bunga dan 'Blood Moon' pula kerana warna bulan bertukar kemerah-merahan seolah-olah bulan berdarah.
"Fenomena gerhana bulan penuh ini menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 15 minit pada fasa gerhana penuh... 'Blood Moon' hanya berlaku pada 7.11 malam hingga 7.26 malam.
"Bagaimanapun, 'Super Moon' dan 'Flower Moon' pula dapat dilihat sepanjang malam sehingga Subuh," katanya ketika siaran langsung itu.
Sementara itu, pencerapan gerhana bulan secara langsung menyaksikan 'pembentukan' fenomena yang berlaku bermula 4.47 petang hingga 9.49 malam itu dibuat di Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah dan Balai Cerap Planetarium Negara.
Penduduk Sabah dan Sarawak dapat menyaksikan fenomena itu ketika ia mencapai fasa gerhana separa bermula pada kira-kira 7 malam manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung terutama Kuala Lumpur, fenomena tersebut hanya sepatutnya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum iaitu pada 7.15 malam.
Bagaimanapun, hujan lebat dan awan tebal di Kuala Lumpur menyebabkan fenomena 'bulan berdarah' yang tamat pada 7.26 malam itu tidak dapat dilihat di langit ibu kota.
Fenomena gerhana itu berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi yang berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya menyatakan solat sunat dan khutbah gerhana dijalankan mengikut prosedur operasi standard di seluruh masjid dan surau di Kuala Lumpur selepas solat maghrib.
Bernama
Wed May 26 2021
Fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil 'Super Flower Blood Moon yang dirakam di Tebingan Sungai Kuching. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.