awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena gerhana bulan penuh atau 'Blood Moon' dijangka berlaku malam ini

Khalis Khadir
Khalis Khadir
07/09/2025
08:13 MYT
Fenomena gerhana bulan penuh atau 'Blood Moon' dijangka berlaku malam ini
Ketika gerhana bulan penuh, bulan akan kelihatan berwarna merah atau jingga disebabkan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi. - Foto Planetarium Negara
KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai Blood Moon dijangka dapat disaksikan di seluruh negara bermula malam Ahad hingga awal pagi Isnin ini.

Ringkasan AI
  • Gerhana bulan penuh atau Blood Moon boleh disaksikan di seluruh Malaysia bermula 11.28 malam Ahad hingga 4.55 pagi Isnin, dengan kemuncak pada 2.11 pagi.
  • Bulan akan kelihatan kemerahan akibat pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi; fenomena ini boleh dilihat dengan mata kasar jika cuaca baik.
  • Agensi Angkasa Malaysia menggalakkan orang ramai hadir ke lokasi balai cerap untuk menyaksikan fenomena ini dan menambah ilmu astronomi.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu akan bermula jam 11.28 malam pada 7 September dengan fasa penumbra iaitu bayang bumi mula menutupi permukaan bulan.
“Ia kemudian diikuti dengan fasa separa yang bermula jam 12.26 tengah malam apabila sebahagian daripada bulan mula kelihatan gelap.
“Fasa penuh dijangka bermula jam 1.30 pagi dan mencapai kemuncaknya kira-kira pukul 2.11 pagi. Selepas itu, fasa penuh akan berakhir pada pukul 2.53 pagi diikuti dengan tamatnya fasa separa jam 3.56 pagi,” kata MYSA menerusi satu kenyataan.
Fasa-fasa gerhana bulan penuh
Fasa-fasa gerhana bulan penuh
Menurut MYSA, keseluruhan gerhana dijangka berakhir sepenuhnya pada jam 4.55 pagi.
"Di Malaysia, bulan berada di atas ufuk sepanjang gerhana berlaku. Oleh itu, dalam keadaan cuaca yang baik, keseluruhan fasa gerhana dapat dilihat dengan mata kasar atau bantuan seperti teleskop,” ujarnya.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA menjemput orang ramai untuk hadir ke beberapa lokasi balai cerap di seluruh negara bagi merasai pengalaman ini selain menambah pengetahuan berkenaan ilmu astronomi.
Bulan akan kelihatan berwarna kemerahan ketika kemuncak fasa penuh
Bulan akan kelihatan berwarna kemerahan ketika kemuncak fasa penuh
Fenomena ini berlaku beberapa hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi iaitu sekitar 364,773 kilometer.
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan, menyebabkan bayang-bayang bumi menutupi bulan.
Ketika gerhana bulan penuh, bulan akan kelihatan berwarna merah atau jingga disebabkan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.
Fenomena ini dapat disaksikan di seluruh kawasan Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.
Topic Berkaitan
#Blood Moon
#Gerhana bulan penuh
#Planetarium Negara
#MOSTI
#MYSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan