awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena gerhana bulan separa: Ini apa yang anda perlu tahu

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2023
11:00 MYT
Fenomena gerhana bulan separa: Ini apa yang anda perlu tahu
Gerhana akan bermula pada pukul 02.01 pagi, namun kesan gerhana masih belum kelihatan kerana terlindung oleh bayang penumbra Bumi yang kurang gelap. - Gambar hiasan/123RF via Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ini apa yang perlu anda tahu mengenai fenomena gerhana bulan separa, esok (awal pagi Ahad waktu Malaysia) :
1. Gerhana akan bermula pada pukul 02.01 pagi, namun kesan gerhana masih belum kelihatan kerana terlindung oleh bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
2. Bulan mula memasuki bayang-bayang umbra dan kesan kekal gerhana bulan separa bermula pada pukul 3.35 pagi.
3. Ia akan mencapai maksimum pada pukul 04.14 pagi dan berakhir pada pukul 04.52 pagi iaitu ketika bulan mengalami fasa penumbra semula sehingga gerhana tamat sepenuhnya pada jam 06.26 pagi.
4. Tempoh keseluruhan gerhana bulan separa dijangka berlaku selama 4 jam 25 minit.
5. Bulan mula memasuki bayang-bayang umbra dan gerhana bulan separa bermula pada 3:35 pagi.
6. Gerhana bulan separa berlaku apabila Bumi berada antara matahari dan bulan tetapi tidak membentuk garis lurus.
7. Sebahagian kecil permukaan bulan tertutup oleh pusat bayangan bumi manakala selebihnya bulan tertutup bahagian luar bayangan bumi.
8. Bagaimana penampakan fenomena gerhana bulan separa adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa di mana-mana lokasi pencerapan.
9. Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan menerusi program pencerapan gerhana bulan separa 2023 di Planetarium Negara seperti di bawah:
Pencerapan Planet Zuhal dan Musytari Tarikh: 28 Oktober 2023 (Sabtu) Masa: 10 malam hingga 12 tengah malam
Pencerapan Gerhana Bulan Separa Tarikh: 29 Oktober 2023 (awal pagi Ahad) Masa: 2 pagi hingga 5 pagi
Sumber: Planetarium Negara
Topic Berkaitan
#gerhana separa bulan
#Planet Zuhal
#Planetarium Negara
#MOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan