MALAYSIA
Feri percuma pada 20 Okt sempena Deepavali
SPPP dan PPSB menawarkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena Deepavali pada 20 Okt, melibatkan laluan Butterworth-George Town. -Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena perayaan Deepavali 20 Oktober ini.
Ringkasan AI
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang percuma itu melibatkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini dan sebaliknya, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.
"Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa berurusan di terminal feri bagi melayakkan mereka menikmati perjalanan percuma," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- SPPP dan PPSB menawarkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena Deepavali pada 20 Okt, melibatkan laluan Butterworth-George Town.
- Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid di terminal feri untuk menikmati tambang percuma, mengikut jadual sedia ada.
- Inisiatif ini diumumkan oleh Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, sebagai langkah memudahkan perjalanan rakyat sempena perayaan.