NATIONAL
Feri Sri Tanjong 1 dijangka beroperasi sebelum Aidilfitri

Nik Soh Yaacoub (kiri) membuat lawatan menaiki feri baharu Sri Tanjong 1 selepas majlis penyerahan di Jeti JKR Pengkalan Kubor hari ini. -Bernama
TUMPAT: Feri Sri Tanjong 1 yang menghubungkan Pengkalan Kubor ke Takbai, Thailand dijangka mula beroperasi sebelum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi setelah memperoleh Sijil Penumpang daripada Jabatan Laut Malaysia.
Ringkasan AI
- Feri Sri Tanjong 1 akan mula beroperasi sebelum Hari Raya Aidilfitri setelah memperoleh Sijil Penumpang daripada Jabatan Laut Malaysia.
- Feri ini mampu menampung 58 penumpang dan beberapa kenderaan, menggantikan feri lama yang sering rosak.
- Feri ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan Malaysia-Thailand dan manfaat besar kepada penduduk Kelantan.
"Feri Sri Tanjong 1 dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan Malaysia-Thailand serta manfaat besar kepada penduduk khususnya di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan feri berkenaan kepada JKR Feri Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Nik Soh berkata jadual perkhidmatan feri akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memudahkan urusan perjalanan antara Malaysia dan Thailand.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami