MALAYSIA
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Shaharuddin (kiri) melawat gerai pameran sempena FKJ 2025 di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall hari ini. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM9.8 juta sempena penganjuran Festival Kraf Johor 2025 (FKJ 2025) pada 18 hingga 29 Dis di Padang Akasia, Angsana Mall di sini.
Ringkasan AI
Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai berikutan produk kraf yang ditawarkan cukup menarik dan berkualiti pada harga berpatutan.
Beliau berkata setakat empat hari penganjuran, nilai jualan kraf telah mencapai RM3.6 juta yang disumbangkan oleh lima bidang utama meliputi tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf.
"Festival selama 12 hari itu melibatkan 251 penyertaan usahawan kraf serta jualan makanan warisan dan disokong lima agensi iaitu Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Tourism Johor, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Galeri Aura Islam.
"Festival itu juga menjadi platform pertemuan usahawan kraf dengan pembeli dari dalam negara seperti syarikat pengeksport barangan kraf, agensi kerajaan, syarikat perhotelan dan pusat beli-belah.
"Justeru, kita yakin sasaran RM9.8 juta ini dapat dicapai selain menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang penganjuran festival," katanya kepada pemberita selepas Sesi Jelajah Mesra Festival Kraf Johor di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kraftangan Malaysia Mohd Al-Hafizi Ab Bakar dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Ainu Sham Ramli.
Shaharuddin berkata FKJ 2025 mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung termasuk padanan perniagaan, jualan kraf oleh usahawan dan komuniti kraf, demonstrasi kraf adiguru serta pameran Jom Masuk IKN.
"Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan kesenian, program pengembangan ilmu serta aktiviti galakan pengunjung seperti permainan rakyat, iaitu gasing petik, 'chapteh', dam, congkak, kercang dan batu seremban, selain pelbagai pertandingan termasuk Fashionista Batik Malaysia, Kompang Tradisi serta nyanyian.
"Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan demonstrasi kraf seperti pembuatan wau merak Johor, gendang kempling, jong, gasing dan anyaman buluh oleh usahawan kraf. Aktiviti ini memberi pendedahan serta peluang kepada masyarakat untuk melihat teknik pembuatan kraf dengan lebih terperinci," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MOTAC dan Kraftangan Malaysia menetapkan sasaran jualan RM9.8 juta sempena Festival Kraf Johor 2025 di Padang Akasia, Angsana Mall.
- Nilai jualan kraf mencapai RM3.6 juta setakat empat hari festival dengan penyertaan 251 usahawan kraf dan lima bidang utama.
- Festival ini menjadi platform pertemuan usahawan kraf dengan pembeli tempatan serta menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung seperti demonstrasi kraf adiguru dan pertandingan tradisional.