MALAYSIA
Festival Taman KL 2025: Kesedaran SDG meningkat dalam kalangan generasi muda - Datuk Bandar KL
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara kehijauan alam dalam kalangan generasi muda semakin meningkat. - AWANI
KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara kehijauan alam dalam kalangan generasi muda semakin meningkat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, berkata walaupun generasi ini masih belum mampu mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang khusus, beliau menegaskan perkara yang penting ialah solusi yang dilaksanakan memberi impak positif kepada negara.
"Baru-baru ini saya hadir Festival Sungai Klang, melibatkan ramai orang muda. Tahun lalu saya hadir, mereka hanya boleh buat aktiviti pembersihan dan penanaman pokok untuk jarak 400 meter.
“Tahun ini, jarak aktiviti telah naik kepada 1.4 kilometer. Sudah ada laluan basikal. Saya nampak mereka juga guna elemen guna semula apabila ada tempat duduk yang menggunakan bahan kitar semula.
“Di sini, saya nampak orang-orang muda dan kanak-kanak sudah faham (mengenai SDG). Berdasarkan tinjauan saya, mereka juga ada menggunakan penyelesaian berasaskan alam (NBS) untuk pembinaan tandas. Tandas seperti di kampung tetapi tidak ada bau,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Maimunah menyorot pemerhatian tersebut sebagai satu gambaran terhadap sambutan yang bakal diterima Festival Taman Kuala Lumpur 2025 yang turut menekankan konsep kelestarian melalui aktiviti berasaskan SDG seperti kesihatan dan kesejahteraan (SDG 3), bandar mampan (SDG 11), pemuliharaan biodiversiti (SDG 15) dan kerjasama strategik (SDG 17).
Festival dwitahunan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini akan berlangsung dari 17 hingga 26 Oktober 2025 di Taman Tasik Titiwangsa, dengan kemasukan percuma untuk semua pengunjung.
Bertemakan “Kesatuan ASEAN dalam Kepelbagaian”, festival ini menjadi platform pertukaran budaya dan ilmu, dengan penyertaan antarabangsa dari Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Selain persembahan seni dan tarian, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan kulinari ASEAN.
Antara tarikan utama termasuk:
- Mystical Titiwangsa
- Balcony KL Showdown
- ASEAN Sculpture Gardens
- Malaysian Heritage Garden
- ASEAN Market Place dan banyak lagi.
DBKL berjaya menarik hampir 40 rakan strategik dan penajaan bernilai lebih RM1.19 juta, termasuk penaja utama Aset Kayamas, Sime Darby dan Mah Sing Properties.
Maimunah turut menzahirkan harapan agar festival ini menjadi wadah mengeratkan hubungan komuniti, memupuk gaya hidup hijau dan mempromosikan pelancongan bandar.
Festival Taman Kuala Lumpur 2025 menjanjikan pengalaman unik untuk seisi keluarga dalam bentuk seni, budaya, kulinari dan pelbagai aktiviti lain.