MALAYSIA
Festival Turath Islami usaha Selangor mantapkan budaya keilmuan Islam
Amirudin bersama Syeikh Dr Mohammad Akram dan Nurul Izzah pada Majlis Perasmian Festival Buku Islami 2025 dan Pelancaran Buku Muhaddisat: Wanita Periwayat Hadis sempena FTIS 2025 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, malam tadi. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Festival Turath Islami Selangor (FTIS) merupakan usaha kerajaan negeri memantapkan budaya keilmuan Islam sekali gus memperkukuh akidah umat Islam dan membentuk masyarakat yang lebih baik serta seimbang.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata dengan kaedah pengajian dan pendidikan kitab turath (kitab warisan Islam) yang betul yang diterapkan sepanjang sembilan hari festival itu, disertai penelitian mendalam terhadap kepelbagaian ilmu, ia antara usaha kerajaan negeri memberi pemahaman agama dalam mengelakkan budaya negatif menular dalam masyarakat.
"Kita cuba mencari titik keseimbangan antara kemajuan, pembangunan, kerancakan ekonomi dan kehidupan moden yang pantas dengan penelitian (kitab turath) mendalam, supaya jiwa kita turut diisi dengan pengertian dan pemahaman tentang agama dan kehidupan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Buku Islami 2025 sempena penganjuran FTIS 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah Buku Muhaddisat: Wanita Periwayat Hadis karya Syeikh Dr Mohammad Akram Nadwi terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang disempurnakan Pengerusi Eksekutif Polity Nurul Izzah Anwar.
Ketika ditemui selepas majlis itu, Amirudin berkata FTIS 2025 mendapat sambutan menggalakkan dan sudah memasuki tahun ketiga penganjuran dengan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 peserta dalam setiap sesi perkongsian ilmu dan aktiviti berkaitan festival berkenaan.
FTIS 2025 yang bermula 12 Julai hingga 20 Julai itu menampilkan 18 tokoh ilmuwan Islam dan ulama terkemuka dari Asia Barat dan Nusantara seperti Prof Emeritus Dr Sheikh Abdel Fattah Abdel Ghany Al-Awari (Mesir), Sheikh Dr Mohammad Akram Nadwi (India/UK) dan Dr Adi Hidayat (Indonesia).
Penganjuran di Masjid Negeri di sini kali ini, dengan tiga sesi pengajian dijalankan setiap hari bermula 9 pagi, manakala sesi petang antara 4.45 petang hingga 8.45 malam.
-- BERNAMA