MALAYSIA
FFC dan TMTG umum hantar kapal ke Gaza bawa wartawan, pakar perubatan
Menurut kenyataan dikeluarkan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), misi tersebut juga membolehkan media antarabangsa membuat liputan secara langsung dari Gaza.
KUALA LUMPUR : Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) umum hantar kapal bawa wartawan antarabangsa dan pakar perubatan ke Gaza.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, FFC dan TMTG berkata, langkah itu sebagai tanda solidariti bersama wartawan media Palestin, wartawan dan petugas perubatan yang terus melaporkan situasi di Gaza.
Menurut kenyataan itu, misi tersebut juga membolehkan media antarabangsa membuat liputan secara langsung dari Gaza.
Jelasnya lagi, selama hampir dua tahun, pendudukan haram Israel menghalang wartawan antarabangsa daripada memasuki Gaza, mewujudkan salah satu sekatan maklumat media paling berbahaya dalam sejarah moden.
Dalam tempoh ini, ratusan wartawan Palestin disasarkan dan dibunuh secara sengaja, manakala ramai lagi dipenjarakan atau disenyapkan.
Israel juga menafikan kemasukan wartawan asing ke Gaza selama hampir dua tahun.
Tambah kenyataan itu lagi, pada masa sama, sistem kesihatan Gaza dimusnahkan secara sistematik oleh Israel.
Petugas perubatan Palestin juga dibunuh, diculik dan diseksa, manakala doktor serta jururawat antarabangsa sebahagian besarnya dihalang daripada masuk atau membawa bekalan perubatan yang amat diperlukan.
Oleh itu, kenyataan itu berkata kapal yang dihantar merupakan cabaran kepada rintangan tersebut.
Susulan itu, FFC dan TMTG menyeru kerajaan, institusi dan masyarakat untuk menyokong usaha ini selain menuntut laluan selamat bagi kapal tersebut.
Antara lain, mereka mendesak tindakan untuk menamatkan genosid, sekatan haram Israel ke atas Gaza serta pendudukan ke atas Palestin.
Dapatkan berita terkini di sini