MALAYSIA
FFC x TMTG: Aktivis selamat pulang bukti koordinasi global lebih mantap - Ketua Pengarang Astro AWANI
Ashwad (foto) melahirkan rasa syukur atas kepulangan sembilan aktivis yang menyertai misi FFC ke tanah air tanpa sebarang insiden berdarah atau kehilangan nyawa sepertimana dalam tragedi Mavi Marmara.
SEPANG: Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail menzahirkan rasa syukur atas kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke tanah air tanpa sebarang insiden berdarah atau kehilangan nyawa seperti tragedi Mavi Marmara pada tahun 2010.
Ringkasan AI
Beliau berkata, meskipun para aktivis berdepan pengalaman yang kejam, dihina dan dibuli oleh rejim Israel, koordinasi mantap serta penggunaan teknologi yang lebih baik kali ini berjaya memastikan keselamatan mereka.
"Mesejnya sama, apa yang mereka lalui itu kejam, kami bersyukur ke hadrat Allah kerana kali ini tiada peristiwa berdarah atau kehilangan nyawa seperti peristiwa Mavi Marmara dalam kalangan aktivis.
"Itu juga adalah refleksi yang baik, di mana koordinasi yang mantap dengan bantuan teknologi yang lebih baik berbanding 15 tahun lepas, serta penyusunan struktur dari segi koordinasi masyarakat komuniti NGO seluruh dunia lebih solid dan jitu," katanya.
Ashwad berkata demikian ketika ditemui di balai ketibaan menyambut kepulangan sembilan aktivis yang tiba pada jam 5 petang tadi.
Ashwad menegaskan apa yang dilalui aktivis mencerminkan kekejaman rejim Israel yang terus menindas dan menekan sesiapa sahaja yang cuba membantu rakyat Gaza.
Kata Ashwad, pengalaman yang dilalui para aktivis jelas menunjukkan kekejaman rejim Israel yang mana operasi ketenteraan mereka berasaskan penindasan serta matlamat memastikan tiada sesiapa pun dapat menjejakkan kaki di bumi Gaza.
Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil merupakan antara sembilan aktivis Malaysia berada di atas kapal Conscience dalam misi FFC dan TMTG untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza.
Ringkasan AI
- Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail bersyukur sembilan aktivis misi FFC pulang dengan selamat tanpa insiden berdarah seperti tragedi Mavi Marmara
- Beliau puji koordinasi mantap dan penggunaan teknologi yang lebih baik dalam misi kali ini, serta solidariti NGO global yang lebih tersusun
- Pengalaman aktivis mencerminkan kekejaman rejim Israel dan usaha mereka menjadi bukti ketabahan dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza