awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV lantik perunding bebas kaji imbuhan pengarah

Bernama
Bernama
27/06/2022
14:52 MYT
FGV lantik perunding bebas kaji imbuhan pengarah
Menurut FGV, pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi untuk menaikkan yuran pengarah bagi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif antara 25 peratus serta 60 peratus pada AGMnya, Khamis lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.
FGV dalam satu kenyataan berkata pengerusi bukan eksekutif, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, pada masa ini menerima wang tunai, yuran pengarah sebanyak RM300,000 setahun atau RM25,000 sebulan dan elaun kereta berjumlah RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan.
"Lembaga pengarah FGV telah dinasihatkan oleh perunding bebas bahawa elaun kereta yang diberikan kepada pengerusi bukan eksekutif akan digantikan dengan kereta syarikat kerana ia tidak mencerminkan norma pasaran dan sektor memandangkan syarikat itu secara amnya tidak mengewangkan penyediaan manfaat kereta syarikat dalam bentuk elaun.
"Berdasarkan nasihat tersebut, lembaga FGV mencadangkan untuk menyediakan kereta syarikat kepada pengerusi bukan eksekutif dan mengekalkan jumlah tunai yang diberikan kepadanya sebelum ini dengan menukar elaun kereta sebanyak RM180,000 kepada yuran lembaga pengarah.
"Oleh itu, FGV menjelaskan bahawa tiada peningkatan dalam jumlah tunai yang diterima oleh pengerusi bukan eksekutif," katanya.
Kumpulan itu juga menjelaskan Dzulkifli berhasrat menggunakan kereta sedia ada milik anak syarikat untuk menjadi kereta syarikat dengan perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM180,000 seperti yang diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM).
Menurut FGV lagi, pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi untuk menaikkan yuran pengarah bagi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif antara 25 peratus serta 60 peratus pada AGMnya, Khamis lepas.
Yuran pengerusi bukan eksekutif dikurangkan daripada RM600,000 kepada RM300,000 pada 2019 bersama-sama dengan beberapa pemansuhan serta pengurangan manfaat tertentu.
"Lembaga FGV juga ingin menekankan bahawa Dzulkifli telah bersetuju untuk mengecualikan yurannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Lembaga sehingga AGM seterusnya pada 2023 iaitu sebanyak RM40,000 setahun dan elaun mesyuarat RM2,000 setiap mesyuarat.
"Pada 2021, Dzulkifli tidak menggunakan haknya bagi faedah yang berkaitan dengan elaun hiburan, keahlian kelab dan pengawal peribadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV Holdings
#elaun pengarah
#Dzulkifli Abd Wahab
#Lembaga Pengarah FGV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan