awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2024
06:03 MYT
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
Shammim Azad (tengah) memberitahu, kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif serta pemakanan seimbang bagi pertumbuhan sihat di kalangan belia Malaysia. - Gambar/ FGV
NILAI: FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit antara 48 kelab bola sepak remaja terbaik dari seluruh Semenanjung Malaysia pada Sabtu.
Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna FGV, Shammim Azad Kamruzaman memberitahu, kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif serta pemakanan seimbang bagi pertumbuhan sihat di kalangan belia Malaysia.
Tambahnya, acara ini turut menjadi platform berkesan bagi mengenal pasti bakat sukan tempatan, terutamanya dalam acara bola sepak.
"Alhamdulillah dengan kerjasama yang kita lakukan bersama NFDP, kita dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan kanak-kanak dan juga kelab-kelab bola sepak cilik yang mana merupakan salah satu tujuan iaitu kita identify bakat-bakat yang terpendam untuk dibawa ke peringkat seterusnya," katanya.
Akademi Bolasepak Wira Muda dari Pulau Pinang muncul johan bagi kategori U12; NR Junior U10 A dari Kemaman, Terengganu (kategori U10) dan Kenari United U8 dari Kulim, Kedah (kategori U8).
Akademi Bolasepak Wira Muda dari Pulau Pinang muncul johan bagi kategori U12; NR Junior U10 A dari Kemaman, Terengganu (kategori U10) dan Kenari United U8 dari Kulim, Kedah (kategori U8).
FGV melalui Bright Cow berbesar hati menyokong hasrat Kerajaan membangunkan bakat sukan muda dengan menekankan kepentingan pemakanan berkhasiat bagi menyokong potensi penuh atlet-atlet cilik.
FGV melalui Bright Cow berbesar hati menyokong hasrat Kerajaan membangunkan bakat sukan muda dengan menekankan kepentingan pemakanan berkhasiat bagi menyokong potensi penuh atlet-atlet cilik.
Shammim berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di Majlis Perasmian Bright Bright Cow Junior Cup 2024 di Nilai pada Sabtu.
Dalam pada itu, FGV melalui Bright Cow berbesar hati menyokong hasrat Kerajaan membangunkan bakat sukan muda dengan menekankan kepentingan pemakanan berkhasiat bagi menyokong potensi penuh atlet-atlet cilik.
"Dengan apa yang kami lakukan ini, pihak FGV dan pihak NFDP kita dapat melahirkan bakat bakat muda di masa depan bukan saja di peringkat kebangsaan tetapi ke peringkat antarabangsa. Insya-Allah," katanya.
Kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif serta pemakanan seimbang bagi pertumbuhan sihat di kalangan belia Malaysia.
Kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif serta pemakanan seimbang bagi pertumbuhan sihat di kalangan belia Malaysia.
Mengulas lanjut, Shammim memaklumkan visi FGV dan Bright Cow seiring dengan tujuan berusaha menyumbang kepada pembangunan sukan negara dengan menyediakan pemakanan yang menyokong generasi juara yang akan datang.
Sementara itu, Akademi Bolasepak Wira Muda dari Pulau Pinang muncul johan bagi kategori U12; NR Junior U10 A dari Kemaman, Terengganu (kategori U10) dan Kenari United U8 dari Kulim, Kedah (kategori U8).
Topic Berkaitan
#FGV
#Bright Cow Junior Cup 2024
#Kanak-kanak
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan