awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV sahkan pegawai kanan ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2019
02:03 MYT
FGV sahkan pegawai kanan ditahan SPRM
HARIS FADZILAH: FGV sudah mengambil langkah untuk mengukuhkan proses pemberi maklumat dalaman dan mengesahkan komitmen kami terhadap tadbir urus dan amalan korporat yang baik.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu menahan seorang pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta rasuah.
Perkara ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam hal ini dan sedia menghulurkan segala bantuan yang diperlukan.
"FGV sudah mengambil langkah untuk mengukuhkan proses pemberi maklumat dalaman dan mengesahkan komitmen kami terhadap tadbir urus dan amalan korporat yang baik," katanya.
Haris Fadzilah berkata, sebahagian besar rancangan transformasi FGV ialah memberi tumpuan kepada memulihkan integrasi operasi dan ketirisan.
"Kami percaya kepada ketelusan, integriti dan tingkah laku beretika. Kami akan menanamkan nilai-nilai ini di semua peringkat, dalam kumpulan ini," tambahnya.
Menurut laporan Bernama, kes yang sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 itu adalah berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.
Memetik sumber, suspek berusia 50 tahun itu dilaporkan ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang, pada kira-kira pukul 11.30 pagi.
Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan bagi mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kata sumber itu.
Topic Berkaitan
#FGV
#Haris Fadzilah Hassan
#integriti
#Kajang
#kerajaan
#ketirisan
#kilang sawit
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#suapan
#suspek
#transformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan