[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DREBAR

Fiat 124 Spider. Adik MX-5 dengan kelebihan desakan turbo

Astro Publication 23/11/2015 | 04:32 MYT

Ini satu lagi kisah ‘rebadging’ atau perkongsian model antara syarikat berbeza dan masing-masing dengan nama berbeza. Fiat telah mengumumkan model terbaharu mereka – Fiat 124 Spider, yang sebenarnya berdasarkan roadster Mazda MX-5.
Sejarahnya
Peminat-peminat Fiat pasti akan mengetahui bahawa model ini mendapat namanya untuk meraikan ulangtahun ke-50 model Spider yang diperkenalkan pada 1966. Model Spider asal tersebut dianggap sebagai antara model paling cantik yang pernah syarikat itali ini hasilkan, dengan ciri-ciri kereta sports tradisi, khususnya kerana saiz dan ketinggian pemandu/penumpang yang rendah daripada permukaan jalan.
Model baharu ini boleh didapati di dalam dua varian: 124 Spider dan Lusso.
Rekaan
Ia direka di pusat rekaan Fiat di Turin, Itali. Bagi varian 124 Spider, ia menampilkan aloi 16-inci, kerusi dibalut kain premium, lampu halogen, lampu belakang LED dan ‘cruise control’.
Varian “Lusso’ yang lebih premium pula antara lain membawa kelainan aloi 17-inci, kerusi dibalut kulit premium dan penghawa dingin automatik.
Antara perincian tambahan yang memberi kelainan kepada Fiat ini berbanding Mazda MX-5 adalah bonet yang lebih rumit termasuk sepasang ‘power dome’ sepertimana yang ada pada model Spider asal. Pada ketika itu, ciri ini amat berguna untuk membolehkan penggunaan enjin yang lebih besar.

Enjin
Menyentuh hal ini, model baharu ini hanya mempunyai satu pilihan enjin iaitu jenis 4-silinder 1.4-liter MultiAir yang menghasilkan tork sebanyak 240Nm dan 138hp. Output yang agak tinggi relatif kepada kapasiti enjin kecil ini adalah hasil daripada penggunaan turbo; dan inilah yang menjadi perbezaan besar antara Fiat 124 Spider dan Mazda MX-5 yang mempunyai pilihan dua enjin. Namun kedua-duanya adalah NA dan tidak didesak pengecas turbo.
[Baca laporan pelancaran Mazda MX-5 terbaharu di Malaysia di sini]
Jenis transmisi adalah manual 6-kelajuan yang bertindak ke atas kedua-dua roda belakang. Sebelum itu, kuasa enjin juga perlu melalui unit ‘differential’ yang terletak di belakang untuk membantu imbangan yang lebih optima.
Info-hiburan
Sistem audio model ini lengkap dengan dua slot USB, ketersambungan Bluetooth dan enam pembesar suara. (Ciri panggilan bebas tangan adalah pilihan tambahan).
Kawalan adalah melalui skrin sentuh 7-inci yang juga memaparkan imej daripada kamera undur serta sistem navigasi GPS.
Keselamatan
Ciri-ciri keselamatan (standard dan pilihan) yang ada pada Fiat 124 Spider termasuk lampu hadapan adaptif (suluhan lampu mengikut arah stereng), kawalan stabiliti elektronik (ESC), kawalan cengkaman (traction control), sistem tekanan tayar (tyre pressure monitoring), electronic roll mitigation (ERM) yang meneliti sama ada kereta mungkin akan terbalik dan akan cuba mengelak dengan membrek setiap satu tayar atau mengawal kuasa enjin.
Selain itu, bonet kereta ini mempunyai ciri aktif di mana ia akan terangkat sedikit secara automatik apabila berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki. Ini dilakukan atas sebab-sebab yang telah Drebar.my terangkan di sini dengan lebih terperinci.

# # 124 Spider #Fiat