Mana-mana pihak tidak seharusnya bersikap celupar dan membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa sebarang asas yang kukuh.
Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, memberi persepsi mengenai Dr Mahathir boleh memudaratkan Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya.
"Saya lihat tindakan mohon maaf Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Dr Mahathir secara terbuka adalah adalah perbuatan yang tepat serta harus diterima oleh semua pihak secara hati yang terbuka. Namun, di masa hadapan, Ahli Parlimen Kapar ini tidak harus bersikap celupar menuduh tanpa sebarang asas yang kukuh. Fikir dulu sebelum cakap apa sahaja tentang Dr Mahathir.
"Rakyat Malaysia sedang memerhati kerajaan PH dari jarak yang amat dekat. Kita tidak boleh kelihatan bercakaran sesama sendiri. Ini masa untuk semua pihak bekerja kuat ke arah membangunkan semula Malaysia secara satu pasukan.
"Abdullah Sani harus jadikan perbuatannya ini sebagai satu iktibar dan tidak harus berulang lagi. Saya amat terkejut melihat tindakan melulu Abdullah Sani membuat tuduhan palsu itu kerana beliau adalah seorang yang pernah memimpin kesatuan sekerja. Sepatutnya beliau bersikap matang, profesional serta lebih terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Tuduh Tun M lakukan konspirasi, Abdullah Sani mohon maaf
BACA: Jangan pertikai keputusan Dr Mahathir lanjut perkhidmatan CEP - Khairuddin
Abdullah Sani sebelum ini mendakwa Dr Mahathir adalah antara mereka yang membuat keputusan untuk menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara.
Abdullah Sani turut mendakwa bahawa Dr Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin bersungguh-sungguh untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun pada Selasa, Abdullah Sani memohon maaf kepada Dr Mahathir atas tuduhannya terhadap Perdana Menteri.
Khairuddin dalam pada itu turut menghormati sikap berani Abdullah Sani membuat kenyataan memohon maaf berkenaan.
"Sekurang-kurangnya beliau berani mengakui kesilapanya itu. Itu pun cukup baik," jelasnya.
Khairuddin sebelum ini meminta Abdullah Sani memberi fokus kepada pembinaan semula negara dan tidak mengungkit mengenai tempoh masa penyerahan jawatan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir.
Astro Awani
Tue Aug 21 2018
KHAIRUDDIN: Memberi persepsi mengenai Dr Mahathir boleh memudaratkan PH secara keseluruhannya. - Gambar BERNAMA
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
PRU15: Mahu Kapar setanding Shah Alam, Klang - Abdullah Sani
Katanya, Kapar sedikit tempang berbanding Shah Alam dan Klang yang dilihat lebih maju.
Abdullah Sani umum bertanding Naib Presiden PKR
Beliau tidak akan mempertahankan kedudukan dalam parti ketika ini iaitu sebagai Ahli MPP PKR.
Surat Ku Li bukti wujud gerakan tolak usul Belanjawan 2021
Abdullah Sani berkata, beliau percaya surat daripada Tengku Razaleigh itu memberi impak terhadap penentuan kelulusan usul Belanjawan 2021 pada Khamis ini.
Pengurusan Kumpulan Utusan jangan khianat kakitangan - Ahli Parlimen
Pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad harus bertanggungjawab terhadap semua kakitangan yang diberhentikan termasuk yang telah mengambil skim Pemberhentian Kerja Secara Sukarela (VSS)
Azmin tolak dakwaan Abdullah Sani
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, pemilihan mana-mana menteri besar perlu melalui proses tertentu dan tidak mungkin seorang individu boleh menentukan kedudukan seorang individu yang lain.
Fikir dulu sebelum beri persepsi terhadap Tun Dr Mahathir - Khairuddin
Mana-mana pihak tidak seharusnya bersikap celupar dan membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa sebarang asas yang kukuh.
Jangan pertikai keputusan Dr Mahathir lanjut perkhidmatan CEP - Khairuddin
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid seharusnya berfikiran lebih daripada isu lanjutan perkhidmatan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diumum Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Pindah Mahkamah Perusahaan hanya menyusahkan pekerja' - Abdullah Sani
Cadangan memindahkan Mahkamah Perusahaan ke lokasi baru di Bangunan PERKESO, Jalan Tun Razak dilihat hanya akan menyusahkan pekerja.