MALAYSIA
FIMM beri teguran kepada 5 perunding atas salah laku sijil akademik palsu
FIMM menegaskan tindakan ini bertujuan memberi mesej jelas agar perunding mematuhi peraturan demi melindungi kepentingan pelabur awam, dengan kesalahan dikesan melalui laporan orang ramai dan siasatan dalaman.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah memberi teguran kepada lima bekas perunding skim dana amanah (UTS) dan/atau skim persaraan swasta (PRS) kerana salah laku mengemukakan sijil akademik yang dipalsukan.
Ringkasan AI
Pelanggaran peraturan itu telah dilakukan dalam permohonan mereka untuk pendaftaran dan/atau pendaftaran semula sebagai perunding UTS dan/atau PRS kepada pengedar masing-masing.
Dalam satu kenyataan hari ini, FIMM berkata perunding UTS dan/atau PRS tersebut didapati melanggar Peraturan 4.1.1, 4.2.1 dan 4.3.1(f) dan kesemuanya telah dihalang daripada mendaftar dengan FIMM untuk tempoh tetap selama setahun, berkuat kuasa 10 Julai 2025.
Perunding tersebut ialah Rahmat Anuar (perunding UTS dan PRS Public Mutual Bhd), Mohammad Faarid Khalid (perunding UTS dan PRS Public Mutual), Nur Maisarah John Abdullah (perunding UTS Public Mutual), Ahmad Rozailal Abdul Latiff (perunding UTS Kenanga Investors Bhd) dan Mazni Ismail (perunding UTS dan PRS RHB Asset Management Sdn Bhd).
"Teguran awam ini dikenakan bagi memberi mesej jelas bahawa FIMM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal mematuhi mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh persekutuan.
"Ini bagi menghalang perunding UTS dan/atau PRS daripada melakukan sebarang salah laku dan mengingatkan mereka bahawa adalah penting untuk mematuhi peraturan FIMM apabila memasarkan atau mengedarkan UTS dan/atau PRS di Malaysia untuk melindungi kepentingan orang ramai yang melabur," katanya.
Menurut FIMM, kesemua salah laku melibatkan Rahmat, Faarid, Maisarah adalah hasil laporan orang ramai, manakala kes Rozailal dan Mazni berjaya dikesan secara dalaman.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lima bekas perunding UTS dan/atau PRS dikenakan teguran awam dan dihalang daripada mendaftar dengan FIMM selama setahun bermula 10 Julai 2025 kerana mengemukakan sijil akademik palsu dalam permohonan pendaftaran.
- Perunding terlibat ialah Rahmat Anuar, Mohammad Faarid Khalid, Nur Maisarah John Abdullah, Ahmad Rozailal Abdul Latiff dan Mazni Ismail, masing-masing mewakili pengedar seperti Public Mutual, Kenanga Investors dan RHB Asset Management.
- FIMM menegaskan tindakan ini bertujuan memberi mesej jelas agar perunding mematuhi peraturan demi melindungi kepentingan pelabur awam, dengan kesalahan dikesan melalui laporan orang ramai dan siasatan dalaman.