MALAYSIA
Finas bantu keluarga dua kru penggambaran maut dalam kemalangan di Betong

Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong telah mengorbankan dua mangsa lelaki dan menyebabkan 11 yang lain cedera. - Gambar fail
KUCHING: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membantu keluarga dua kru penggambaran yang maut dalam kemalangan jalan raya di Betong kira-kira 200 kilometer (km) dari bandar raya ini semalam.
Ringkasan AI
- Dua kru penggambaran maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Klinik Skrang, Betong, melibatkan van dan Toyota Land Cruiser; 11 lagi cedera. Mangsa berumur 48 dan 42 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
- Finas mengambil tindakan segera dengan menghubungi produser projek penggambaran dan keluarga mangsa, serta membantu urusan hospital dan polis. Finas Sarawak turut menyambut keluarga mangsa di Lapangan Terbang Kuching dan membawa mereka ke Hospital Sri Aman.
- Keputusan pengebumian sama ada di Sarawak atau dibawa pulang ke Semenanjung diserahkan kepada keluarga mangsa. Finas komited membantu melancarkan proses susulan dan menyifatkan insiden ini sebagai jarang berlaku dalam industri penggambaran.
"Pada malam tadi, Finas Sarawak juga telah menunggu keluarga mangsa di Lapangan Terbang Kuching dan pagi ini kita bawa mereka ke Hospital Sri Aman (lokasi mangsa)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pihak keluarga mangsa juga akan membuat keputusan sama ada mahu mengebumikan mangsa di Sarawak atau membawa pulang jenazah ke Semenanjung.
"Perkara begini jarang berlaku dan saya pasti produser syarikat penggambaran tersebut juga pertama kali mengalami situasi seperti ini, oleh sebab itu Finas akan bantu melancarkan proses seperti urusan di hospital serta dengan pihak polis," katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sri Aman Supt Dennis Bunyam mengesahkan kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong yang telah mengorbankan dua mangsa lelaki dan menyebabkan 11 yang lain cedera.
Dennis berkata kemalangan berpunca daripada sebuah van yang keluar dari Pusingan-P dilanggar kenderaan pacuan empat roda.
"Akibat kemalangan itu, dua penumpang van masing-masing berumur 48 dan 42 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku pada 12.07 tengah hari itu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Land Cruiser dengan lima penumpang dan sebuah van membawa lapan penumpang," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami