awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing

Bernama
Bernama
17/02/2023
20:00 MYT
Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing
Firefly menyambung semula penerbangan hariannya di antara Pulau Pinang dan Medan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang baru diubah suai dengan 189 tempat duduk. - Gambar fail/BERNAMA
JAKARTA: Firefly menyambung semula penerbangan hariannya di antara Pulau Pinang dan Medan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang baru diubah suai dengan 189 tempat duduk.
Penerbangan dengan kod FY3552 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) semalam pada 11:30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (KNO) pada 11:50 pagi waktu tempatan.
Penerbangan balik FY3533 pula berlepas dari KNO ke PEN pada 11:50 pagi.
Sebelum pandemik, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) mengendalikan penerbangan ke Medan melalui Lapangan Terbang Subang menggunakan pesawat ATR 72-500.
"Indonesia terus menjadi destinasi utama bagi kami, ia dapat dilihat daripada permintaan perjalanan yang kukuh di antara kedua-dua negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi dalam satu kenyataan.
Kumpulan itu kini menawarkan sambungan ke tujuh bandar di Indonesia.
Pengembara boleh menyambung penerbangan ke Jakarta, Denpasar, Surabaya, Medan, Pekanbaru dan Yogyakarta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines, dan ke Banda Aceh dan Medan dari Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Firefly.
Bersempena dengan penerbangan sulung ke Medan, Firefly turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Hospital Adventist Pulau Pinang bagi meningkatkan pelancongan perubatan di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Firefly
#sambung semula penerbangan
#penerbangan harian Pulau Pinang-Medan
#pesawat Boeing 737-800
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan