GADGETS
Firefox perkenal carian visual dengan Google Lens untuk pengguna desktop
Mozilla memperkenalkan ciri carian visual baharu dalam Firefox yang menggunakan Google Lens, membolehkan pengguna mencari maklumat berkaitan gambar dengan klik kanan. -Foto Amanz
MOZILLA kini mengemas kini pelayar web Firefox versi dekstop, dan telah mula memperkenalkan sebuah ciri baharu secara berperingkat, iaitu sokongan carian visual yang dikuasakan dengan Google Lens.
Ringkasan AI
Dengan langkah ini, pengguna dengan pantas boleh melakukan carian berkenaan sesuatu gambar yang mereka sedang lihat menerusi pelayar web Firefox.
Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu klik kanan pada sebarang gambar ketika melayari web menggunakan Firefox, dan seterusnya memilih “Search Image with Google Lens”.
Ini sekali gus akan membolehkan anda mencari perkara berkaitan gambar berkenaan, menyalin teks daripada gambar, serta mendapatkan inspirasi yang berkaitan dengan carian visual berkenaan.
Mozilla mengatakan pengguna perlu tetapkan enjin carian utama sebagai Google sebelum dapat melihat ciri ini.
Ciri ini ditawarkan untuk pengguna Firefox di desktop sahaja dan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Firefox di seluruh dunia. -Amanz
Ringkasan AI
- Mozilla memperkenalkan ciri carian visual baharu dalam Firefox yang menggunakan Google Lens, membolehkan pengguna mencari maklumat berkaitan gambar dengan klik kanan.
- Ciri ini membolehkan salinan teks daripada gambar dan mendapatkan inspirasi visual, tetapi hanya tersedia jika enjin carian utama ditetapkan kepada Google.
- Sokongan ini ditawarkan secara berperingkat untuk pengguna Firefox di desktop seluruh dunia.