awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2023
05:40 MYT
Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis
Kementerian Kewangan memandang serius tuduhan bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.
Tegas kementerian itu, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut.
"Seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Selasa lalu, Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa Yayasan Albukhary telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal.
"Kementerian Kewangan sama ada melalui Lim Guan Eng atau pegawai-pegawainya tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada yayasan itu," kata kementerian itu menerusi kenyataan pada Khamis.
Isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary timbul selepas bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah diluluskan selepas gabungan kerajaan PH ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan kenyataan berhubung tuduhan salah guna kuasa kerana memberikan semula pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan itu oleh kerajaan BN.
Bagaimanapun pada 10 Mac lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menafikan tuduhan tersebut sebelum membuat laporan polis pada Khamis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Muhyiddin Yassin
#Yayasan Albukhary
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan