awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitnah: Mahkamah perintah MP Sungai Siput bayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pembantu

Bernama
Bernama
20/10/2023
10:52 MYT
Fitnah: Mahkamah perintah MP Sungai Siput bayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pembantu
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Indrani berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap Kesavan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan Ahli Parlimen Sungai Siput S. Kesavan membayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pegawai penyelidik Parlimennya Indrani Ramasamy kerana memfitnah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Indrani berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap Kesavan.
Dalam prosiding yang dijalankan melalui Zoom, panel itu turut memerintahkan Kesavan membayar kos RM20,000 kepada Indrani, yang diwakili peguam Rueben Mathiavaranam manakala peguam Azhar Arman Ali mewakili Kesavan.
Rueben ketika dihubungi berkata Mahkamah Rayuan mendapati anak guamnya telah berjaya membuktikan kesnya dan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dengan membuat dapatan Indrani dan Kesavan telah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral tanpa membenarkan pihak-pihak membuat hujahan mengenai perkara itu.
"Justeru, keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan dan Mahkamah Rayuan memerintahkan responden (Kesavan) membayar ganti rugi RM80,000 kepada Indrani," katanya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar (kini hakim Mahkamah Rayuan) ketika menolak saman Indrani tahun lepas, berkata dasar awam menetapkan bahawa mahkamah tidak boleh menghabiskan masa atau sumber untuk memberikan apa-apa remedi kepada pihak-pihak yang hadir di hadapan mahkamah dengan penipuan untuk menyembunyikan perbuatan dan penglibatan mereka yang tidak bermoral.
Indrani memfailkan saman itu pada 16 Julai 2019 susulan kenyataan Kesavan yang antara lain mendakwa Indrani sering mengganggunya dan berniat mahu meruntuhkan rumah tangganya serta dakwaan wanita itu telah menyebabkan beliau mengalami trauma.
Indrani juga membuat laporan polis mendakwa Kesavan telah melakukan gangguan seksual terhadapnya sejak Disember 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Kesavan
#fitnah
#ganti rugi
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan