[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal

Sinar Harian 14/09/2024 | 11:37 MYT
Wan Ahmad Fayhsal mengulang siar hantaran di laman sosial X dengan kenyataan mendakwa Rafizi menggunakan wang kementerian membayar cybertrooper. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau telah memohon pihak peguamnya memulakan proses saman Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kerana membuat fitnah secara terbuka.
“Saya tidak pernah saman sesiapa tetapi fitnah Yang Berhormat Machang ini adalah kes yang sangat jelas apabila dibawa ke mahkamah,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Sabtu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menerusi X telah mengulang siar satu hantaran dengan kenyataan yang mendakwa Rafizi menyeleweng duit kementerian bagi tujuan membayar ‘cybertrooper’.
Hantaran yang diulang siar itu memaparkan gambar ‘Pelan Kempen Fasa 1’ dengan huraian seorang pempengaruh media sosial ditugaskan untuk menangkis imej negatif menerusi perkongsian pencapaian ekonomi bumiputera melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). -- Sinar Harian
#Rafizi Ramli #saman fitnah #Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal #menyeleweng duit kementerian