Flat 'kerusi terbang' kini bersih, tapi sudah terlewat!

Shafizan Johari
Januari 17, 2018 09:25 MYT
Beberapa penduduk PPR Seri Pantai, Pantai Dalam melihat kawasan kejadian semalam yang meragut nyawa pelajar tingkatan tiga S Sathiwaran selepas ditimpa sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri itu. - FotoBERNAMA
Sudah terhantuk baru terngadah.
Kotor dan jijik. Itu gambaran di flat Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, sehari selepas kejadian kerusi terbang yang mengorbankan nyawa seorang remaja S. Sathirawan, 15 yang maut akibat ditimpa kerusi yang dilempar dari tingkat atas flat berkenaan.
Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam, beliau melaporkan keadaan di flat berkenaan tidak terjaga disebabkan penduduknya yang tidak peka terhadap kebersihan di kawasan perumahan berkenaan.
Tinjauan itu turut mendapati kes buang sampah dari tingkat atas bukan kes baharu.
Datuk mangsa mengakui nyaris terkena objek yang dilempar dari tingkat atas tidak lama dahulu.
Namun selepas menjadi perhatian umum, keadaan berubah sekelip mata, sampah mula lenyap dari pandangan.
Dalam tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Harits Asyraf Hasnan hari ini pula mendapati, persekitaran flat berkenaan sudah bersih.
Malah sampah-sampah yang dibuang di hujung koridor juga sudah diangkut, sehari selepas kehadiran pihak berkuasa dan pemimpin politik.
Inikah budaya masyarakat kita, tunggu sehingga nyawa melayang, baru masing-masing akan membuka mata?
#Kerinchi #Kuala Lumpur #Lembah Pantai #mangsa #maut #NONG CHIK #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #Pantai Dalam #Parlimen #PPR #remaja #S Sathirawan #timpa kerusi