MALAYSIA
Flotila ke Gaza: Pesawat tentera dikesan berlegar di ruang udara berhampiran kapal Conscience
Pihak Freedom Flotilla Coalition (FFC) sedang mengesahkan jenis pesawat itu dan mengapa ia berlegar di sekitar kapal Conscience. - Foto Astro AWANI
PERAIRAN GREECE: Sebuah pesawat tentera kelihatan berlegar di ruang udara berdekatan kapal Conscience sekitar 12.30 tengah hari waktu tempatan.
Ringkasan AI
Bagaimanapun belum ada sebarang pengesahan mengenai jenis pesawat tersebut.
Pihak Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga sedang mengesahkan jenis pesawat itu dan mengapa ia berlegar di sekitar kapal Conscience.
Ketika ini, kapal Conscience masih berada di peraiaran antarabangsa dan sudah melepasi negara Greece.
Misi pelayaran dianjurkan FFC dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) ini memfokuskan kepada misi membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza.
Misi ini disertai 92 peserta dari 25 negara termasuk lapan peserta dari Malaysia.
Ia melibatkan 10 krew, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, 3 orang ahli parlimen, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Pesawat tentera dikesan berlegar di ruang udara berhampiran kapal Conscience sekitar 12.30 tengah hari, namun jenis pesawat belum disahkan.
- Kapal Conscience berada di perairan antarabangsa selepas melepasi Greece, dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) membawa wartawan, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza.
- Misi disertai 92 peserta dari 25 negara, termasuk lapan rakyat Malaysia, melibatkan 10 krew, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli parlimen, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.
Bagaimanapun belum ada sebarang pengesahan mengenai jenis pesawat tersebut.
Pihak Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga sedang mengesahkan jenis pesawat itu dan mengapa ia berlegar di sekitar kapal Conscience.
Ketika ini, kapal Conscience masih berada di peraiaran antarabangsa dan sudah melepasi negara Greece.
Misi pelayaran dianjurkan FFC dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) ini memfokuskan kepada misi membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza.
Misi ini disertai 92 peserta dari 25 negara termasuk lapan peserta dari Malaysia.
Ia melibatkan 10 krew, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, 3 orang ahli parlimen, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.

#Freedom Flotilla Coalition
#Gaza
#pesawat berlegar
#Thousand Madleens to Gaza
#Israel
#Global Sumud Flotilla