awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FMM gesa ahli sokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Bernama
Bernama
16/02/2021
13:51 MYT
FMM gesa ahli sokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata ini juga sejajar dengan harapan pihak industri terhadap pelaksanaan program berkenaan secara berkesan serta lancar yang turut membantu mempercepat pemulihan ekonomi secara sepenuhnya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kalangan ahlinya untuk memberi sokongan serta kerjasama penuh terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan keberkesanan usaha tersebut.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata ini juga sejajar dengan harapan pihak industri terhadap pelaksanaan program berkenaan secara berkesan serta lancar yang turut membantu mempercepat pemulihan ekonomi secara sepenuhnya.
"Pihak industri akan terus memainkan peranan bagi menangani ancaman COVID-19. Kita semua mempunyai tanggung jawab secara kolektif bagi menyokong usaha kerajaan dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat serta dapat memulihkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu, Soh berkata FMM amat mengalu-alukan langkah kerajaan untuk turut membabitkan kalangan bukan rakyat Malaysia dalam program tersebut bagi memutuskan rantaian jangkitan virus itu.
Menurutnya, ini berikutan golongan itu juga berperanan penting dalam menyokong aktiviti serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Sehubungan itu, keputusan kerajaan untuk turut menyenaraikan mereka dalam program vaksinasi kebangsaan secara percuma itu wajar dipuji.
"Ini dapat membantu menangani ancaman dan risiko COVID-19 membabitkan kalangan pekerja asing tanpa dokumen sah yang boleh menjejaskan keberkesanan program imunisasi jika tidak ditangani (seawal mungkin)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FMM
#Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
#kerjasama penuh
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Soh Thian Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan