awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FMM sambut baik keputusan kerajaan kekal kos elektrik

Bernama
Bernama
25/06/2022
22:30 MYT
FMM sambut baik keputusan kerajaan kekal kos elektrik
Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di semenanjung. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak mengenakan kadar surcaj yang lebih tinggi kepada pengguna walaupun berlaku lonjakan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan elektrik lain.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata FMM berbesar hati apabila kerajaan telah mempertimbang secara positif saranannya untuk membantu mengawal satu daripada kos input operasi utama industri iaitu kos tenaga.
BACA: Tarif elektrik dan air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM
"Keputusan kerajaan untuk menampung kos harga bahan api sebanyak RM5.8 bilion, oleh itu, mengekalkan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) pada kadar semasa serta mengekalkan kadar tarif air semasa, akan meringankan pengurusan kos utiliti dalam tempoh yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Soh berkata, persatuan itu berharap agar kerajaan akan terus melibatkan industri sekiranya terdapat kemungkinan kepada surcaj ICPT yang lebih tinggi pada masa akan datang berikutan ketidaktentuan pasaran global dan harga tenaga yang tidak stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#elektrik
#TNB
#kadar surcaj
#kos tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan