awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi

Fareez Azman
Fareez Azman
10/04/2023
13:46 MYT
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Menerusi kenyataan ringkas pada Isnin, Syarikat Foodpanda akan menghubungi pekerja terbabit untuk maklumat lanjut. - Gamnbar fail
KUALA LUMPUR: Syarikat penghantar makanan Foodpanda menerusi kenyataan ringkas pada Isnin menjelaskan pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan seorang penghantar makanan syarikat itu yang didakwa dizalimi.
Menerusi kenyataan itu, Foodpanda juga akan menghubungi pekerja terbabit untuk maklumat lanjut.
"Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan kami akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut," jelasnya.
Terdahulu, tular di laman sosial seorang penghantar makanan Foodpanda menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa telah dizalimi oleh syarikat berkenaan berhubung soal pembayaran gaji.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di aplikasi media sosial TikTok, lelaki berkenaan mendakwa gaji yang sepatutnya diterima berjumlah RM800 bagaimanapun individu berkenaan mendakwa hanya menerima bayaran sejumlah RM500.
Menurutnya, persoalan itu telah diajukan kepada syarikat berkenaan bagaimanapun Foodpanda, katanya, menyatakan soal pembayaran gaji dibuat dengan secukupnya selain isu penggantungan akaun (ID) adalah disebabkan kekerapan membuat pembatalan penghantaran.
Individu berkenaan yang baharu sahaja pulih daripada penyakit kanser tahap tiga mengharapkan rakaman berdurasi 180 saat itu mendapat perhatian syarikat terbabit.
BACA: 'Rider' Foodpanda menangis dakwa dizalimi syarikat akibat gaji dipotong
Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun 'saifulxander' itu juga setakat ini telah mendapat sebanyak lebih 700,000 tontonan.
Dalam pada itu, Astro AWANI juga telah berjaya menghubungi individu berkenaan pada Isnin yang dikenali sebagai Muhd Saifuddin Mustafa, 28 tahun.
Ujarnya, kes berkenaan bukan perkara yang asing malah penghantar makanan yang lain juga turut berdepan nasib yang sama.
Topic Berkaitan
#FoodPanda
#penghantar makanan
#Tular
#gaji
#video tular
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan