Suatu masa dahulu, tidak banyak yang perlu dilengkapkan kepada kenderaan-kenderaan lasak kecuali kebolehan untuk dipandu hampir ke mana sahaja tanpa banyak masalah. Tetapi, jika melihat kepada Ford Everest baharu, keadaan sudah jauh berubah – ia juga perlu kelihatan hebat dan dipasang pelbagai ciri-ciri terbaru tak ubah bagai kenderaan mewah.

Antara perkara yang dikekalkan pada Ford Everest baharu adalah kemampuannya untuk membawa penumpang, oleh itu papasiti untuk 7 orang dikekalkan. Kereta ini bakal dilancarkan pada tahun 2015 di 9 pasaran iaitu China, Australia, New Zealand, India, dan pasaran di seluruh rantau ASEAN. Ford juga akan memperkenalkan SUV yang lasak kepada bahagian sub-Sahara Afrika dan Afrika Selatan pada tahun 2015.

Selain menggembirakan peminat SUV off-road yang lasak, Ford Everest baharu juga merangkumi DNA 'pemanduan seronok' ' Ford untuk memberi nikmat pengendalian yang dinamik di atas jalan raya, tanpa berkompromi atas kehalusan dan keselesaan.

Ini ditunjukkan dengan spesifikasi model yang bakal keluar nanti; ia akan dikeluarkan dalam pacuan roda belakang dan pacuan empat roda bergantung kepada permintaan khusus pasaran.

Dengan sistem pacuan empat roda pintar, kes pemindahan aktif dengan Torque atas permintaan, Sistem Pengurusan Terrain, dan perlepasan permukaan 225 mm terbaik dalam kelas, dan keupayaan melepasi air setinggi 800 mm, Ford Everest membantu pemandu melalui permukaan yang mencabar dengan mudah.

Sistem pengurusan pacuan rodanya memberikan 4 pilihan: Normal, Snow / Gravel/ Grass, Sand dan Rock. Menerusi mod-mod berbeza ini, tindakbalas pendikit, sistem pacuan empat roda dan pelbagai lagi komponen kereta diubah untuk memberi kemampuan terbaik.


Pemasangan sistem SYNC 2 membolehkan pemandu menggunakan suara untuk mengawal sistem hiburan kereta dan sistem pendingin. Ketersambungan ke telefon pintar juga lebih mudah. Maklumat yang berkaitan boleh dilihat menerusi skrin sentuh 8 inci.

Di samping itu, sistem keselamatan juga turut diberikan kemajuan yang besar menerusi lane departure warning, BLIS, electronic stability programme dan juga active park assist. Active park assist menolong untuk memasukkan kereta ke dalam kotak parkir; pemandu hanya perlu mengawal pendikit dan brek.

Untuk enjin pula, Ford bakal melengkapkan Ford Everest baharu ini dengan tiga pilihan enjin petrol dan diesel. Sudah pasti enjin EcoBoost 2.0 liter, 4 silinder adalah salah satu yang terbabit di samping enjin diesel 3.2 liter Duratorq lima silinder TDCi dan 2.2 liter Duratorq 4 silinder TDCi. Kotak gear pula adalah pilihan sama ada automatik ataupun manual 6 kelajuan.

(Klik sini untuk galeri gambar)