DREBAR

Ford Everest bakal dilancarkan akhir tahun ini

Astro Publication 23/07/2015 | 07:43 MYT

Ford Malaysia sudahpun mula menghebohkan bakal ketibaan model Everest baharu di laman Facebooknya, dan dijangka akan dilancarkan dengan rasmi pada akhir tahun ini. Tidak banyak yang diumumkan, tetapi kita boleh mengagak spesifikasi yang akan diberikan hanya dengan melihat kepada model ini yang sudahpun memasuki pasaran Thailand.
Engineered for Extraordinary: The New Ford Everest https://youtu.be/RSsWn7aFBC4. Stay updated on the Everest's arrival in Malaysia by filling in your details here: https://www.ford.com.my/everest/kmi

Posted by Ford Malaysia on Wednesday, 15 July 2015

Dari segi kuasa pacuan, SUV yang bakal tiba ini menggunakan pilihan-pilihan enjin yang sama yang dipasang pada trak Ranger – iaitu sepasang turbo diesel 2.2 liter dan 3.2 liter, kedua-duanya lengkap dengan ‘intercooler’.

(Klik sini untuk galeri Ford Everest baharu. Kebanyakan imej dari laman web Ford Thailand)

Terdapat sedikit perbezaan bagi enjin yang lebih kecil itu; tambah baik yang diberikan memberikan enjin empat silinder output kuasa kuda dan tork lebih tinggi iaitu 158hp (pada 3,200rpm) dan 385Nm (bermula 1,600rpm hingga 2,500rpm) berbanding 148hp dan 375Nm yang ada pada model Ranger.

Varian 3.2 liter (3,198cc) dengan lima silinder pula menghasilkan 197hp pada 3,000rpm dan 470Nm antara 1,750rpm hingga 2.500rpm. Prestasi ini tidak berubah dengan konfigurasi sekarang.

Selain itu, Ford Everest generasi terkini yang dijual di Thailand turut disertakan dengan penggunaan stereng berkuasa elektrik yang lengkap dengan teknologi ‘Pull Drift Compensation’. Apa yang diberikan ciri ini adalah pembetulan pada stereng apabila kenderaan sedikit terpesong dari arah pemanduan kerana angin lintang ataupun permukaan jalan tidak rata.

Juga menarik pada model ini adalah corong pendingin udara beserta kawalannya bagi penumpang-penumpang belakang, sangat sesuai bagi sebuah SUV dengan saiz yang besar seperti Everest.

Harga bagi model ini belum lagi diketahui, tetapi di Thailand, Ford Everest (varian asas, Titanium 4x2 AT) bermula dengan harga THB1,269,000 (ataupun RM138,569). Varian paling tinggi iaitu Titanium+ 4x4 AT pula dijual bermula dengan harga THB1,599,000 ataupun RM174,604 (mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

Kebanyakan imej di sini diambil daripada laman web Ford Thailand, yang sudahpun mula menjual generasi terbaharu SUV ini...

Posted by Drebar.my on Thursday, 23 July 2015

# # Everest # Sime Darby #Ford