Astro Publication
Mon Mar 30 2015
Tempahan pra-pelancaran Ford Mondeo baharu sudahpun dibuka mengikut pengimport dan pengedar Sime Darby Auto Connexion. Buat masa ini juga, sedan segmen D yang dilengkapi pelbagai teknologi tersebut sedang ditayangkan untuk acara prebiu khas di Bangsar Shopping Centre dari hari ini (1 April 2015) hingga 5 April.
Mondeo ini dipadankan dengan enjin EcoBoost 2.0-liter yang mengeluarkan output 237hp dan 354Nm tork yang melalui kotak gear SelectShift 6-kelajuan. Ford mendakwa bahawa pembakaran bahan api telah turun sehingga 20% serta mengurangkan emisi sehingga 15% berbanding enjin-enjin lain yang mengeluarkan prestasi sama.
Antara teknologi baharu yang menarik minat kami (dan pasti ramai ibu-bapa lain) adalah fungsi MyKey Ford yang membolehkan kunci kereta ini diprogram untuk tujuan-tujuan tersendiri.
Sebagai contoh, pemilik kenderaan ini boleh menghadkan kelajuan maksimum dan merendahkan kelantangan sistem audio; bahkan sistem audio boleh dimatikan jika pemandu dan oenumpang tidak memakai tali pinggang keselamatan. Kemampuan seperti ini sangat berguna untuk keselamatan pemandu-pemandu lebih muda dan memerlukan pengawasan.
Ciri SYNC 2 adalah standard, dimana ia merangkumi sebuah skrin sentuh berwarna lebih besar bersaiz lapan inci untuk mengoperasikan sistem hiburan dan telefon menggunakan arahan suara. SYNC 2 tampil dengan pelbagai ciri baharu dan dipertingkatkan, seperti kemampuan mengenal pasti suara lebih baik yang membantu pemandu kekal berhubung ketika mata fokus ke atas jalan raya dan tangan terus memegang stereng.
Selain dari itu, Ford Mondeo ini dilengkapi lampu utama LED adaptif, Adaptive Cruise Control, kamera belakang, tujuh beg udara dan Electronic Stability Control.
Mondeo ini dipasang di Valencia, Sepanyol, menggunakan bahan dan teknik pengeluaran terkini untuk kekukuhan lebih baik. Anda boleh ke Bangsar Shopping Centre untuk melihat sendiri – dan juga memandu uji – sedan yang dijangka akan dijual pada harga RM203,800 seunit.
Selain Bangsar, acara prebiu ini juga akan diadakan di Desa Park City (22-26 April), dan Setia City Mall (6-10 Mei).
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Geneva: Ford lancarkan Fiesta ST200; 197hp &290Nm
Ada juga ciri ‘transcient overboost’ yang melonjakkan output kepada 212hp dan 320Nm buat 15 saat!
Ford Mondeo dibuka untuk tempahan
Anggaran harga adalah RM203,800 untuk sedan CBU yang dilengkapi teknologi terkini dan prestasi memuaskan
Kuga Edisi Khas, untuk masa terhad
SUV Ford ini diberi beberapa tambahan khas, serta pelan servis lanjutan untuk ketenangan pemilik
Ford bakal mengubah definisi SUV dengan Everest baharu
Bakal diperkenalkan tahun 2015. Ciri-ciri moden menjadi perkara penting untuk model lasak ini
Tempahan untuk Ford Fiesta ST dibuka
Saksikan – dan pandu uji – model hatchback lincah ini di Asia Klasika hujung minggu ini. Harga pun sudah diketahui: RM149,888