[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DREBAR

Ford Mustang di bangunan tertinggi di dunia

Astro Publication 08/12/2014 | 05:54 MYT
Baru-baru ini Ford telah melancarkan model Mustang terbaharu untuk pasaran Timur Tengah dan Afrika dan dillakukan sendiri oleh pengerusi eksekutif Ford Motor Company, Bill Ford. Menariknya, majlis ini dilakukuan di tingkat 112 bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Dubai.
Bukan itu sahaja, kereta yang dilancarkan juga ‘dibawa’ naik ke tingkat yang sama – 339 meter dari tanah. Ia bukanlah dibawa naik dalam keadaan itu dengan menggunakan ‘lift’ (disebabkan saiz kereta itu yang besar), sebaliknya ia dibawa naik sebagai 6 bahagian berbeza, sebelum disambung oleh 6 jurutera Ford dalam masa 12 jam.
Lihat sahaja video di bawah:
Tetapi ini bukan yang pertama kali untuk Ford.
Pada April lepas, aksi yang sama juga telah dilakukan di bangunan Empire State, New York. Kereta yang dibawa naik juga adalah varian ‘convertible’ yang sama. Tujuannya adalah untuk meraikan ulang tahun ke-50 model ini.
Bezanya dengan usaha mereka di Dubai adalah kesukaran untuk membawa Mustang itu naik. Disebabkan bangunan Empire State adalah jauh lebih lama, dan mempunyai ‘lift’ yang jauh lebih kecil, kereta Mustang convertible itu perlu dipotong terlebih dahulu dan dibawa naik secara berasingan sebelum dipasang semula di dek tinjau puncak Empire State, lebih kurang 304 meter di atas paras jalan.
Jumlah pekerja yang terlibat untuk proses ini adalah 6 orang dan mereka hanya diberikan 6 jam untuk melakukan semua kerja penyambungan; iaitu setelah waktu melawat dek tinjau itu ditutup kepada orang awam pada pukul 2.00 pagi sehinggalah hingga ia dibuka semula pada jam 8.00 pagi.
Kereta Mustang itu hanya ‘menetap’ di Empire State selama dua hari iaitu April 16 dan 17.
Namun masih ada lagi cerita disebalik ini.
Pada Oktober 1965, Ford telah membawa sebuah Mustang – sebuah model yang serba baharu pada waktu itu yang dilancarkan pada 1964 – ke bangunan yang sama; dan pada waktu itu adalah bangunan yang tertinggi di dunia – gelaran yang dipegang Burj Khalifa pada hari ini.
Tak cukup dengan sekadar membawa kereta itu naik, ia juga dipandu mengelilingi dek tinjau itu!
Nota: Ford Mustang ini akan dibawa masuk oleh Sime Darby Auto Connexion ke pasaran tempatan, cuma bukan dalam waktu terdekat ini. Dan bila ia tiba, apa kata majlis pelancaran dibuat di Menara KL, kan?
# # Mustang #Ford