Mereka yang tertungu-tunggu tambah baik pada Ford Ranger sudah boleh melihat sendiri trak ini yang telah dilancarkan dengan rasmi. ‘Facelift’ ini agak menyeluruh dan menampilkan enjin yang lebih cekap dan kuat. Tiga varian yang dijual Sime Darby Auto Connxion (SDAC) adalah XL, XLT (dengan enjin 2.2-liter), dan WildTrak dengan enjin 3.2-liter.
Ford menawarkan enjin diesel generasi terkini 3.2 liter Duratorq lima silinder TDCi dengan penambahan sistem kitaran semula gas ekzos. Ia membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 12 peratus, pada masa yang sama mampu menjana kuasa mencecah 197hp dan tork setinggi 470Nm.
Bagi enjin diesel 2.2 liter Duratorq empat silinder TDCi generasi terkini Ford pula, ia mampu menghasilkan kuasa 158hp dan tork 385Nm –peningkatan dari segi kuasa dan tork berbanding enjin 2.2 liter pada Ranger sekarang.
Elektronik
Dari segi ini, WildTrak menampilkan paling banyak ciri sebagai varian paling tinggi. Antaranya adalah sistem ketersambungan SYNC 2 yang terdiri daripada satu skrin sentuh berwarna bersaiz lapan inci untuk mengawal telefon, hiburan dan suhu dengan menggunakan sistem arahan suara yang mudah. Varian XLT pula dilengkapi ciri SYNC bersama paparan bersaiz 4.2 inci.
Inovasi yang sebelum ini dilihat pada sedan Mondeo terkini iaitu MyKey juga ada dipasang pada Ranger baharu ini. Sistem ini membolehkan pelbagai ciri diprogramkan. Misalnya menetapkan had kelajuan maksimum dan amaran memakai tali pinggang keledar.
Ranger baharu merupakan satu-satunya trak pikap di Malaysia yang dilengkapi alat pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakangnya. Ia turut menampilkan ciri Front dan Rear Park Assist serta kamera mengundur yang memberikan pandangan lebih jelas.
Keselamatan
Bagi Ranger XL dan XLT, ia dilengkapi dua beg udara, ESC, Hill Launch Assist, dan juga Forward Alert, satu sistem bantuan pemandu yang memberikan amaran visual dan bunyi sekiranya ia berada terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan.
Kelebihan WildTrak adalah ia mempunyai enam beg udara dan juga cruise control adaptif. Ciri ini dilengkapkan lagi dengan sistem Lane Keeping Aid yang menggunakan kamera pada cermin pandang belakang untuk mengesan jika pemandu keluar daripada garisan. Lane Keeping Aid menggunakan kuasa tork pada stereng untuk membawa pemandu berada di laluan yang betul semula.
Serentak dengan pelancaran Ford Ranger facelift ini, anda boleh mengetahui sendiri kemampuan Ford Ranger menerusi acara ‘Tough Done Smarter Experiential Test Drive’ yang diadakan di One Utama sehingga 11 Oktober nanti.
Harga rasmi Ranger di Semenanjung Malaysia termasuk Ranger XL yang berharga dari RM91,588 seunit di atas jalan, Ranger XLT yang berharga dari RM101,388 seunit di atas jalan, dan 3.2L Ranger WildTrak pada harga RM132,188.
Astro Publication
Thu Oct 08 2015
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.