GADGETS

Ford ubah fokus, hasilkan pek bateri untuk pusat data selepas jualan EV merosot

Astro Awani 18/12/2025 | 05:00 MYT
Ford ubah strategi pengeluaran EV kepada bekalan kuasa industri susulan penurunan jualan EV akibat penamatan insentif pembelian oleh kerajaan Amerika Syarikat. -Foto Amanz
FORD, pelopor pengeluaran kereta berskala besar yang memperkenalkan Model T lebih seabad lalu, kini mengubah strategi daripada kenderaan elektrik (EV) kepada bekalan kuasa industri.


Ringkasan AI
  • Ford mengubah strategi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) kepada bekalan kuasa industri susulan penurunan jualan EV akibat penamatan insentif pembelian oleh kerajaan Amerika Syarikat.
  • Kilang pengeluaran pek bateri EV Ford di Kentucky kini diubah suai untuk menghasilkan pek bateri bagi pusat data, dengan pelaburan AS$2 bilion untuk mengeluarkan 20 gigawatt-jam (GWh) pek bateri setahun mulai 2027.
  • Produk ini akan dipasarkan kepada pusat data, syarikat utiliti, dan industri berskala besar sebagai penyelesaian tenaga industri.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Langkah itu diambil selepas jualan EV syarikat berkenaan merosot berikutan penamatan insentif pembelian oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Kilang pengeluaran pek bateri EV Ford di Kentucky yang kurang mendapat sambutan kini diubah suai untuk menghasilkan pek bateri bagi pusat data.

Ford akan melabur AS$2 bilion dengan sasaran mengeluarkan 20 gigawatt-jam (GWh) pek bateri setahun bermula 2027.

Produk berkenaan akan dipasarkan kepada pusat data, syarikat utiliti dan industri berskala besar.

Perniagaan baharu ini dijalankan melalui kerjasama dengan SK On, SK Battery America dan BlueOval SK, sekali gus menandakan perubahan hala tuju Ford daripada pengeluaran bateri EV kepada penyelesaian tenaga industri. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Ford mengubah strategi pengeluaran dari kenderaan elektrik (EV) kepada bekalan kuasa industri?
    A: Ford mengubah strategi ini susulan kepada penurunan jualan EV berikutan penamatan insentif pembelian oleh kerajaan Amerika Syarikat.
  • Q: Apakah yang dilakukan Ford dengan kilang pengeluaran pek bateri EV di Kentucky?
    A: Kilang tersebut kini diubah suai untuk menghasilkan pek bateri bagi pusat data, dengan pelaburan AS$2 bilion untuk mengeluarkan 20 gigawatt-jam (GWh) pek bateri setahun bermula 2027.
  • Q: Siapakah yang menjadi sasaran pasaran bagi produk pek bateri yang dihasilkan oleh Ford?
    A: Produk berkenaan akan dipasarkan kepada pusat data, syarikat utiliti, dan industri berskala besar sebagai penyelesaian tenaga industri.



#Ford #kenderaan elektrik EV #Kilang pengeluaran pek bateri EV #pek bateri bagi pusat data