Ibu kepada empat orang anak ini cukup mudah didekati. Tetap setia dan peramah. Biarpun kini tidak aktif dalam seni lakon namun susuk tubuhnya sering kali kelihatan ketika menemani anaknya menghadiri majlis anugerah. “Mummy tak boleh rushing. Semua kena relaks dan buat perlahan-lahan,” ulas Khaty Fauziah Musa, ibu kepada Zizie Izette dan Shaheizy Sam tatkala saya menjemputnya di lobi Capri Fraser Hotel Residences di Bangsar. Hadir ditemani Shaheizy Sam juga cucunya, Cinta Matanya Fuzette; saya rasakan cukup bertuah dapat mengumpulkan tiga beranak ini untuk sesi fotografi.
“Mummy, seorang yang ‘easy going’ dan sempoi sebenarnya. Kadang-kadang kami adik-beradik menggelarkan Mummy ‘Wakil Rakyat’ sebab sifat dia yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja...”
Shaheizy Sam
Anak bongsun daripada empat beradik ini atau lebih mesra dengan panggilan ‘Adik’ adalah yang paling manja dan akrab dengan ibunya. Bagi Sam, tiada apa yang dapat mengganti jasa dan pengorbanan ibu yang bersusah-payah membesarkannya selepas pemergian ayah. Ujar Sam, “Saya nak balas jasa Mummy. Saya sedar walau segunung intan dan permata dilambakkan sekalipun, jasa Mummy yang melahir dan membesarkan kami adik-beradik tanpa suami di sisi, tak mungkin dapat saya balas. Mummy bukan saja ibu, tapi sahabat baik saya dalam apa jua keadaan. Baik masa susah atau senang, Mummy selalu ada. Mummy seorang yang easy going dan ‘sempoi’. Kadang-kadang kami menggelarkan Mummy ‘Wakil Rakyat’ sebab sifat dia yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Pantang ada orang tersenyum kepadanya, mesti dia tegur dan buat kawan. Tapi jangan buat Mummy ‘naik hantu’, pasti satu kawasan perumahan boleh dengar suaranya bertempik, haha... tak payah pakai mikrofon! Selalunya kakak, (Zizie) paling kerap kena marah. Saya jarang sekali, kah-kah-kah,” jelasnya sambil tertawa.
Zizie Izette
Beruntung dikurniakan anak-anak yang menghargai pengorbanannya, tambah Mummy Khaty Fauziah lagi, “Macam Zizie kalau dia bercuti ke mana-mana, nama Mummy sentiasa disebutnya. Nak belikan untuk Mummy inilah, kalau Mummy tengok ni mesti sukalah, pendek kata semuanya Mummy. Kalau ikut dia pergi bercuti, ada aje yang diberi pada Mummy. Sama ada dia beri Mummy duit untuk shopping atau belikan apa-apa. Mummy bukan jenis yang meminta, tapi alhamdulillah anak-anak yang ingat kepada Mummy. Itu yang buatkan Mummy rasa bertuah dan sentiasa syukur mempunyai anak-anak seperti mereka,” ucapnya lagi tanpa henti. Malah definisi bahagia itu bagi Mummy Khaty bukan sekadar menerima hadiah berbentuk fizikal ataupun wang ringgit daripada anak-anak. Malah ia lebih bermakna apabila keseronokan itu dapat dikongsi bersama anak-anak, menantu dan cucu-cucu. Hidupnya terus diserikan dengan warnawarna ceria di samping insan yang menghargai dan menyayangi dirinya.
Astro Publication
Fri Jan 02 2015
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
[GAYA HIDUP] Menarik! Puteri Harbour menawarkan destinasi percutian keluarga
Themed Attraction Resort dan Hotel melancarkan kempen ‘time.together’ bagi mempromosikan Puteri Harbour sebagai.../
[GAMBAR] Tahniah! Momen Indah Majlis Nikah Kali Kedua Raja Farah
#
[GAMBAR] Tudung FAREEDA lancar khidmat delivery, pelanggan lega tidak perlu tidur depan kedai
[PERADUAN] Menangi hamper wangian Shahirah Jewel EDT bernilai RM100.40
Penampilan Syahirah Jewel EDT disempurnakan dengan rekaan kelalang bak potongan batu permata.
[PERADUAN] ESPRIT CETUSAN GAYA TERKINI, Menangi jam tangan bernilai RM613
#
[TRENDING] Wanita Malaysia jurusan ekonomi dari London ini cipta perniagaan minuman sihat
saya mulakan terlebih dahulu dengan bisnes ini. Ia kerana kita sebagai masyarakat Malaysia harus mula bertindak ke arah mempraktikkan gaya hidup yang lebih sihat...
[PERADUAN] JOM, Sertai STARWORLD Meraikan HARI ‘Women of Worth’
Sebelum ia ditayangkan di Amerika Syarikat! Ia bertujuan untuk meraikan wanita pada September ini...
[TRENDING] Lelaki Ini Bina Bendera Malaysia Di Atas Kereta Dalam Masa 15 Saat?
[URBAN HUNTING MUSIC] Pesta Muzik + Kereta Terhangat Mercedes-Benz Malaysia!
Kalian masih ingat terigaukan Art Cars Mercedes-Benz dan lukisan graffiti artsy-fartsy yang menghiasinya, yang dihasilkan oleh street artists @fritilldea, @donald_abraham and @orkibal?...
[SERAM] Sebab Kenapa Filem Jwanita Dijangka Paling Seram 2015
kebanyakan filem arahannya lebih kepada genre drama dan romantik komedi. Kini, belaiu tampil dalam ganre filem yang berbeza...