MALAYSIA
Forum Ekonomi Belia 2025: Generasi Z dan Alpha menyusun naratif negara
Forum ini menyediakan ruang strategik kepada generasi muda untuk berinteraksi dengan pemimpin industri dan membina kefahaman lebih mendalam terhadap landskap ekonomi negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Forum Ekonomi Belia 2025 bermatlamat memperkasa anak muda dengan ilmu dan jaringan, sambil menanam kesedaran tentang tanggungjawab membentuk masa depan negara secara kolektif.
Forum yang mengangkat tema “Young Professionals Shaping the Future Together” itu menyediakan ruang strategik kepada generasi muda untuk berinteraksi dengan pemimpin industri dan membina kefahaman lebih mendalam terhadap landskap ekonomi negara.
Pengerusi penganjur, Eric Yeoh berkata, penganjuran forum ini tercetus hasil kerjasama erat antara kumpulan alumni Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) dan pihak berkepentingan pendidikan.
Katanya, mereka melihat keperluan untuk menyediakan platform lebih tersusun dan inklusif bagi mendekati generasi baharu.
“Ini lebih daripada sekadar persidangan. Ia adalah ruang untuk komuniti muda berkumpul, bertukar pandangan, mencabar andaian dan bersama-sama membina masa depan yang lebih inklusif dan berasaskan pengetahuan,” tambah Yeoh.
Forum ini menyasarkan penyertaan pelajar universiti khususnya dari TAR UMT serta golongan profesional muda daripada kalangan Generasi Z dan Gen Alpha.
Menurutnya, generasi ini semakin matang dalam persekitaran ekonomi yang berubah akibat pandemik COVID-19.
Yeoh berkata, forum ini bertujuan menjambatani aspirasi mereka dengan cabaran sebenar yang sedang dihadapi negara.
Sementara itu, Penasihat Eksekutif Forum Dr Chris Daniel Wong menjelaskan, forum kali ini menampilkan pelbagai topik kritikal yang dirangka untuk mencabar pemikiran dan memberi inspirasi kepada peserta.
Forum Ekonomi Belia 2025 yang berlangsung pada 18 Julai di kampus TAR UMT dijangka menghimpunkan seramai 300 pelajar universiti dan golongan profesional muda dari seluruh negara.
Ia merupakan hasil penganjuran bersama TAR UMT, Institut Strategi dan Analisis Dasar (INSAP) dan Biro Profesional Muda, serta disokong oleh Junior Chamber International (JCI) Bukit Bintang, JCI Entrepreneur dan JCI Entrepreneur Metropolitan Kuala Lumpur, di bawah naungan JCI Malaysia Area Central.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Datuk Chong Sin Woon, Ahli Lembaga Pengelola TAR UMT manakala ucapan dasar akan disampaikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden MCA merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Pengerusi Yayasan Pendidikan TARC.