MALAYSIA
Forum Hasanah 2025: Cabaran semasa, pacu intervensi mampan
Forum Hasanah 2025 menjadi medan perbincangan berkenaan intervensi berkesan demi Malaysia yang lebih inklusif, adil & mampan. - Foto Yayasan Hasanah
KUALA LUMPUR: Hari kedua Forum Hasanah 2025 menekankan peranan strategik dermawan atau filantropi sebagai jambatan kepada penyelesaian yang mampan dan berkesan bagi cabaran semasa pada peringkat global.
Ringkasan AI
Forum anjuran Yayasan Hasanah ini menjadi medan pertemuan antara pakar global, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.
Menerusi forum, Ketua Pasukan Rondaan RIMAU, Shakri Wahab yang juga berasal dari sebuah komuniti Orang Asli menekankan mesej berhubung kepupusan Harimau Malaya dalam kalangan orang ramai.
“Apa yang mendorong saya untuk membendung masalah kepupusan Harimau Malaya dan menjadi ranger (peronda) untuk RIMAU ialah sebab sebagai Orang Asli saya berasa bertanggungjawab memastikan alam sekitar dan haiwan sentiasa terjaga.
“Bilangan Harimau Malaya kini hanya tinggal kurang dari 150 ekor, ia sangat membimbangkan kerana saya takut, generasi akan datang tidak kenal dengan khazanah Malaysia ini.
“Forum ini sangat membantu sebagai salah satu platform untuk kita bincangkan apa langkah-langkah yang wajar diambil dalam menangani isu kepupusan Harimau Malaya dan secara tidak langsung mengangkat isu ini di mata dunia.
“Saya juga harap dan menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjaga khazanah kita iaitu Harimau Malaya dengan menjadi telinga dan mata kepada RIMAU untuk menyalurkan maklumat tentang pemburu haram melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Kami tiada kuasa untuk menangkap pihak-pihak tidak bertanggungjawab, jadi dengan menyalurkan info kepada pihak berwajib, ia akan menjadi solusi terbaik dalam memastikan aktiviti tidak bermoral boleh dibendung,” jelasnya ketika ditemui di Forum Hasanah 2025 di The Renaissance Hotel, di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI, Mohd Khalid Mohamed Latiff berkongsi Yayasan Hasanah turut menjadi tulang belakang Program Anak Kita dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Inisiatif kerajaan ini bagi membantu murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) di samping memberi sokongan kepada pelajar SPM serta murid yang tercicir daripada sistem pendidikan.
“Menerusi data World Bank yang kita terima, 42 peratus pelajar berusia 8 hingga 10 tahun tidak boleh membaca dan pada era pandemik COVID-19, golongan B40 terutamanya tidak mempunyai akses kepada sistem pembelajaran dalam talian.
“Jadi ramai antara mereka sedikit tercicir dan kami dapati seramai 10,160 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
“Dengan itu, program ini terbina dan berpaksikan tiga isu utama iaitu intervensi di sekolah-sekolah, Program Pecutan SPM 2024/2025 dan pelajar-pelajar cicir sistem.
“Kami juga sedaya upaya meletakkan fokus kepada golongan tidak berkemampuan dan kawasan-kawasan terpencil jadi kita selami masalah mereka mengikut data-data tertentu, menyelidik akar permasalahan dan kemudian mencari solusi terbaik.
“Program ini memanfaatkan 83,000 pelajar dalam negara dan merangkumi 2,000 sekolah dipilih mengikut data pelajar yang tidak bernasib baik dari segi pembelajaran.
“Dengan bantuan Program Anak Kita, satu contoh kejayaan yang saya boleh cakap ialah 51 peratus pelajar berjaya lulus SPM menunjukkan langkah intervensi kami mencapai sasaran permulaan, tetapi sudah tentu usaha yang lebih maksimal bakal dimanfaatkan untuk keputusan lebih menakjubkan.
“Program ini juga adalah usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan juga Yayasan Hasanah dan semua CSO serta Universiti Awam yang membawa pakar-pakar berkaliber.
“Dalam proses merangka program ini juga, kita bawa World Bank, UNESCO, UNICEF, Google dan sebagainya untuk memberikan nilai tambah dan pandangan supaya program ini boleh menjadi lebih holistik,” jelasnya.
Yayasan Hasanah komited menyokong agenda negara selain konsisten menyelami realiti kehidupan rakyat, melalui jaringan kerjasama telus.
Forum Hasanah 2025 berlangsung selama dua hari dari 14 hingga 15 Ogos. Untuk maklumat lanjut berhubung program dan Yayasan Hasanah, layari thf.yayasanhasanah.org .
Ringkasan AI
- Hari kedua Forum Hasanah 2025 menekankan peranan strategik dermawan atau filantropi sebagai jambatan kepada penyelesaian yang mampan dan berkesan.
- Forum anjuran Yayasan Hasanah ini menjadi medan pertemuan antara pakar global, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.
- Menerusi forum, Ketua Pasukan Rondaan RIMAU, Shakri Wahab yang juga berasal dari sebuah komuniti orang asli menekankan mesej berhubung kepupusan harimau Malaya dalam kalangan orang ramai.
Forum anjuran Yayasan Hasanah ini menjadi medan pertemuan antara pakar global, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.
Menerusi forum, Ketua Pasukan Rondaan RIMAU, Shakri Wahab yang juga berasal dari sebuah komuniti Orang Asli menekankan mesej berhubung kepupusan Harimau Malaya dalam kalangan orang ramai.
“Apa yang mendorong saya untuk membendung masalah kepupusan Harimau Malaya dan menjadi ranger (peronda) untuk RIMAU ialah sebab sebagai Orang Asli saya berasa bertanggungjawab memastikan alam sekitar dan haiwan sentiasa terjaga.
“Bilangan Harimau Malaya kini hanya tinggal kurang dari 150 ekor, ia sangat membimbangkan kerana saya takut, generasi akan datang tidak kenal dengan khazanah Malaysia ini.
“Forum ini sangat membantu sebagai salah satu platform untuk kita bincangkan apa langkah-langkah yang wajar diambil dalam menangani isu kepupusan Harimau Malaya dan secara tidak langsung mengangkat isu ini di mata dunia.

“Saya juga harap dan menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjaga khazanah kita iaitu Harimau Malaya dengan menjadi telinga dan mata kepada RIMAU untuk menyalurkan maklumat tentang pemburu haram melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Kami tiada kuasa untuk menangkap pihak-pihak tidak bertanggungjawab, jadi dengan menyalurkan info kepada pihak berwajib, ia akan menjadi solusi terbaik dalam memastikan aktiviti tidak bermoral boleh dibendung,” jelasnya ketika ditemui di Forum Hasanah 2025 di The Renaissance Hotel, di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI, Mohd Khalid Mohamed Latiff berkongsi Yayasan Hasanah turut menjadi tulang belakang Program Anak Kita dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Inisiatif kerajaan ini bagi membantu murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) di samping memberi sokongan kepada pelajar SPM serta murid yang tercicir daripada sistem pendidikan.
“Menerusi data World Bank yang kita terima, 42 peratus pelajar berusia 8 hingga 10 tahun tidak boleh membaca dan pada era pandemik COVID-19, golongan B40 terutamanya tidak mempunyai akses kepada sistem pembelajaran dalam talian.
“Jadi ramai antara mereka sedikit tercicir dan kami dapati seramai 10,160 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
“Dengan itu, program ini terbina dan berpaksikan tiga isu utama iaitu intervensi di sekolah-sekolah, Program Pecutan SPM 2024/2025 dan pelajar-pelajar cicir sistem.
“Kami juga sedaya upaya meletakkan fokus kepada golongan tidak berkemampuan dan kawasan-kawasan terpencil jadi kita selami masalah mereka mengikut data-data tertentu, menyelidik akar permasalahan dan kemudian mencari solusi terbaik.
“Program ini memanfaatkan 83,000 pelajar dalam negara dan merangkumi 2,000 sekolah dipilih mengikut data pelajar yang tidak bernasib baik dari segi pembelajaran.

“Dengan bantuan Program Anak Kita, satu contoh kejayaan yang saya boleh cakap ialah 51 peratus pelajar berjaya lulus SPM menunjukkan langkah intervensi kami mencapai sasaran permulaan, tetapi sudah tentu usaha yang lebih maksimal bakal dimanfaatkan untuk keputusan lebih menakjubkan.
“Program ini juga adalah usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan juga Yayasan Hasanah dan semua CSO serta Universiti Awam yang membawa pakar-pakar berkaliber.
“Dalam proses merangka program ini juga, kita bawa World Bank, UNESCO, UNICEF, Google dan sebagainya untuk memberikan nilai tambah dan pandangan supaya program ini boleh menjadi lebih holistik,” jelasnya.

Yayasan Hasanah komited menyokong agenda negara selain konsisten menyelami realiti kehidupan rakyat, melalui jaringan kerjasama telus.
Forum Hasanah 2025 berlangsung selama dua hari dari 14 hingga 15 Ogos. Untuk maklumat lanjut berhubung program dan Yayasan Hasanah, layari thf.yayasanhasanah.org .

#Forum Hasanah 2025
#intervensi mampan
#isu semasa
#suara rakyat
#pemuliharaan habitat
#Rimau
#Program Anak Kita
#Kementerian Pendidikan
#Kementerian Kewangan