Ahli paleontologi dari Universiti Malaya dan dua Universiti Jepun telah menemui fosil dinosaur pertama di Malaysia.

Fosil gigi ditemui di luar bandar Pahang.

Ketua penyelidik Jepun Dr Masatoshi Sone dari Universiti Malaya berkata fosil itu ditemua Ogos lalu selepas kerjasama dengan Universiti Malaya bermula sejak September 2012.

Fosil gigi "Sample UM10575" milik dinosaur Spinosaurid, yang dikenali sebagai karnivor dan memakan ikan.

"Ia dijangka bahawa fosil dinosaur lain masih kekal di Malaysia" kata wakil Universiti Malaya Dr Masatoshi, yang juga bekerjasama dengan penyelidik daripada University Waseda dan University Kumamoto dari Jepun.

Para penyelidik juga mengatakan mereka akan terus menyelidik lanjut dan berharap untuk menjalankan siasatan yang lebih luas.