MALAYSIA
Freedom Flotilla Coalition dijangka masuk zon kuning dalam 24 jam
Kamarul Zaman Sberkata misi itu seterusnya dijangka memasuki zon merah dalam tempoh tiga atau empat hari, bergantung kepada strategi misi berkenaan. - Foto Bernama
SERDANG: Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut disertai sembilan rakyat Malaysia dijangka memasuki zon kuning, iaitu 300 batu nautika dari pesisir Gaza dalam tempoh 24 jam, setakat petang ini.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata misi itu membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, dijangka memasuki zon merah dalam tiga hingga empat hari bergantung strategi pelayaran.
"Misi kali ini memfokuskan penghantaran wartawan antarabangsa, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza. Kapal Conscience membawa bantuan perubatan dan makanan bayi bernilai RM500,000.
"Sekiranya kapal dibenarkan berlabuh di Gaza, doktor dan wartawan akan bertugas selama dua hari penuh di pantai Gaza," katanya pada sidang media perkembangan misi itu di sini hari ini.
Beliau berkata kapal Conscience turut membawa 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.
Lapan wakil Malaysia dalam kapal yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept ialah Ketua Delegasi Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; tiga doktor Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.
Seorang lagi doktor Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 Sept bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.
Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.
Sementara itu, sembilan wakil Malaysia itu dalam siaran langsung hari ini menyuarakan kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan menegaskan semangat mereka tidak luntur walaupun berdepan cabaran getir.
"Kami sudah bersedia, cuma tidak pasti bila pintasan rejim Zionis akan berlaku. Kami berjanji menjaga satu sama lain dan akan kekal tenang tanpa sebarang provokasi sekiranya kapal dipintas tentera Israel.
"Kami kekal komited dan positif untuk menjayakan misi ini. Kami mahu masyarakat antarabangsa tahu bahawa Gaza tidak pernah dilupakan," kata mereka.
Untuk rekod, misi flotilla terdahulu pernah dipintas tentera Israel termasuk kapal Zaytouna (2016), Al-Awda (2018), Conscience, Handala dan Madleen (2024), yang menyaksikan penahanan sukarelawan serta tokoh antarabangsa dari lebih 40 negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Misi FFC dijangka memasuki zon kuning (300 batu nautika dari Gaza) dalam 24 jam, melibatkan sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad.
- Kapal Conscience membawa bantuan bernilai RM500,000 serta 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.
- Delegasi Malaysia terdiri daripada sembilan wakil termasuk doktor, pensyarah, ahli MyCARE dan wartawan Astro Awani, dengan misi keseluruhan disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara.