KUALA LUMPUR: Fungsi baharu berkaitan vaksin COVID-19 akan dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera tidak lama lagi, selaras dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr A. Maheshwara Rao berkata fungsi baharu dalam aplikasi MySejahtera itu merangkumi aspek pendaftaran vaksin, proses vaksinasi dan pemantauan kendiri.
Bagi aspek pendaftaran, beliau menjelaskan, pengguna bukan sahaja boleh mendaftar untuk diri sendiri, malah boleh mendaftar untuk tanggungan mereka yang lain seperti warga emas yang tidak mempunyai aplikasi itu.
"Ketika mendaftar nanti, pengguna perlu mengesahkan nama, kad pengenalan dan perlu menjawab beberapa soalan, seterusnya pengguna akan menerima notifikasi tarikh suntikan vaksin.
"Justeru itu, pengguna perlu membenarkan kemudahan 'push notification' dalam tetapan aplikasi untuk memudahkan menerima notifikasi tersebut," katanya dalam sesi taklimat secara maya berkaitan imunisasi COVID-19 bersama Bernama dan RTM, hari ini.
Proses vaksinasi juga akan dipaparkan termasuk lokasi menerima suntikan dan pemberian Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 secara digital yang boleh disimpan dalam aplikasi tersebut.
Selain itu katanya, pengguna boleh melakukan pemantauan kendiri untuk memeriksa sekiranya terdapat kesan tidak sesuai susulan imunisasi (AEFI) suntikan vaksin COVID-19 tersebut.
"Semua maklumat berkaitan vaksin dan proses vaksinasi akan dipaparkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau mengingatkan pengguna agar mengemas kini versi baharu MySejahtera di Google Store dan App Store apabila sudah tersedia, selain memberi jaminan tidak berlaku kehilangan data sekiranya berlaku 'bugging' pada aplikasi itu.
Sementara itu, persiapan logistik bagi proses pengagihan dan penyimpanan vaksin COVID-19 juga kini bersedia sepenuhnya, termasuk dari segi peralatan serta aspek keselamatan, kata Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi A'tia Hashim.
Jelasnya, semua lokasi penyimpanan vaksin di seluruh negara telah dilengkapi dengan peti ultra sejuk atau ultra-low temperature freezer (ULTF) selain menyediakan peti sejuk tambahan sekiranya berlaku kecemasan.
"Aspek keselamatan juga amat dititikberatkan seperti pemasangan kamera litar tertutup, menempatkan pengawal keselamatan selain akses kepada stok vaksin adalah terhad kepada pengawai yang diberi kuasa sahaja," katanya.
Malaysia dijadualkan menerima bekalan kumpulan pertama vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech, Ahad ini dan pelaksanaan PICK bagi fasa pertama akan bermula pada 26 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
Fungsi baharu berkaitan vaksin COVID-19 akan dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera tidak lama lagi. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.