awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G. Palanivel ke Indonesia bincang isu jerebu

Hakim Rahman
Hakim Rahman
25/06/2013
12:29 MYT
G. Palanivel ke Indonesia bincang isu jerebu
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat Malaysia di Indonesia yang didapati menyebabkan jerebu.
Jelasnya tugas itu adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia.
“Tidak, undang-undang di Malaysia tidak boleh dipraktikkan di Indonesia. Kita tidak boleh saman mereka, itu tanggungjawab Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.
“Ia bukan sahaja melibatkan syarikat Malaysia tetapi juga Indonesia,” katanya di Wisma Sumber Asli petang tadi.
Tambahnya jika syarikat Malaysia terlibat dalam pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu, kerajaan Indonesia tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Beliau juga berhasrat menemui syarikat Malaysia bagi mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku.
Malaysia bagaimanapun tetap menawarkan bantuan dari segi peralatan kerana berpengalaman berbuat demikian.
“Kita sudah bersedia untuk membantu Indonesia dengan menyediakan tenaga kerja dan peralatan. Kita boleh bantu dalam memadamkan api dengan pembenihan awan untuk hujan,”
Beliau dijadual menemui rakan sejawatnya di Indonesia iaitu Menteri Lindungan Hidup, Dr Balthasar Kambuya pada Rabu.
Pertemuan itu diadakan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah jerebu yang melanda negara.
Topic Berkaitan
#bantuan teknikal
#G Palanivel
#Indonesia
#jerebu
#penyelesaian
#pertemuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan