awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G7 beri amaran terhadap tindakan keganasan untuk ubah orde antarabangsa

Bernama
Bernama
17/04/2023
11:48 MYT
G7 beri amaran terhadap tindakan keganasan untuk ubah orde antarabangsa
Negara-negara utama perindustrian, Kumpulan Tujuh (G7) memberi amaran terhadap sebarang percubaan untuk mengubah orde antarabangsa secara paksa berikutan perang Rusia di Ukraine dan ketegasan China. - Gambar fail
KARUIZAWA (Jepun): Negara-negara utama perindustrian, Kumpulan Tujuh (G7) memberi amaran terhadap sebarang percubaan untuk mengubah orde antarabangsa secara paksa berikutan perang Rusia di Ukraine dan ketegasan China.
"Jadi kami akan menolak dengan tegas sebarang percubaan unilateral untuk menukar status quo secara paksa," kata Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi pada Isnin ketika menteri luar G7 membincangkan situasi di Indo-Pasifik, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Kami akan menunjukkan kepada dunia keazaman G7 untuk menegakkan orde antarabangsa berdasarkan kedaulatan undang-undang," kata Hayashi.
Rundingan menteri luar G7 diteruskan pada Isnin selepas makan malam pada Ahad di resort Karuizawa, Jepun.
Ancaman China terhadap Taiwan dan ujian peluru berpandu Korea Utara akan dibincangkan, selain keganasan mengejut di Sudan.
Pertemuan itu diadakan menjelang sidang kemuncak penuh pemimpin G7 di Hiroshima, Jepun pada Mei.
Jepun memegang jawatan presiden G7 dengan anggota lain kumpulan itu terdiri daripada Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kumpulan Tujuh
#G7
#rusia-ukraine
#orde antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan