KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan terutamanya bagi komitmen Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Mengakui jurang antara negara membangun dan negara maju kian melebar, Zambry yang menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Persidangan G77+China di Havana, Cuba pada Sept 16 menekankan kini, terdapat keperluan untuk mengukuhkan lagi komitmen dan tanggungjawab kolektif antara Dunia Selatan dan Utara.
Katanya sebagai satu daripada ahli pengasas Kumpulan G77, Malaysia amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh G77+China dalam isu-isu penting buat negara membangun.
"Komitmen dan tanggungjawab untuk merapatkan jurang keutamaan dalam mempercepatkan Agenda 2030 amat diperlukan.
"Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.
Zambry menambah Malaysia telah mengukuhkan komitmen dengan Kerjasama Selatan-Selatan melalui pembaharuan terma kerjasama Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa untuk Kerjasama Selatan-Selatan (ISTIC) di Kuala Lumpur.
Pusat itu di bawah naungan UNESCO sejak tahun 2008.
Sehingga kini, ISTIC-KL telah menyumbang kepada Kerjasama Selatan-Selatan melalui lebih 30 Program Latihan STI dengan rakan kongsi strategik; dan memanfaatkan lebih 1,000 peserta dari hampir 100 negara.
Malaysia juga telah melancarkan Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) pada Mei 2023, bertujuan memupuk budaya Sains Terbuka iaitu menjadikan penyelidikan saintifik dan data dapat diakses oleh semua.
Malaysia akan terus mengalu-alukan penyertaan negara-negara membangun dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang merupakan platform bagi perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan.
Sejak penubuhannya pada tahun 1980, MTCP telah memanfaatkan lebih daripada 37,000 peserta dari 144 negara penerima.
Sehingga hari ini, MTCP kekal sebagai manifestasi kukuh komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, tambah kenyataan itu lagi.
"Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan G77+China dan ahli-ahlinya dalam usaha bersama untuk pembangunan ekonomi, keamanan dan kemakmuran yang mampan," kata Zambry.
G77+China ialah organisasi antara kerajaan terbesar dalam kalangan negara membangun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyediakan platform bagi negara-negara Selatan untuk menyuarakan, mempromosi dan memajukan kepentingan ekonomi secara kolektif serta kerjasama untuk pembangunan.
Malaysia adalah antara ahli pengasas kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Menurut Zambry sebagai satu daripada ahli pengasas Kumpulan G77, Malaysia amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh G77 campur China dalam isu-isu penting buat negara membangun. - Gambar fail/Bernama
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
G77 campur China: Malaysia terus sokong negara membangun, rapat jurang percepat Agenda 2030
Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan terutamanya bagi komitmen Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).