MALAYSIA
Gabungan Belia Malaysia kemuka memorandum isu had umur belia
Jawatankuasa Bertindak Gabungan Pertubuhan Belia Malaysia mengemukakan memorandum kepada kerajaan bagi menyatakan pendirian dan tuntutan berhubung isu had umur belia. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Gabungan Pertubuhan Belia Malaysia hari ini mengemukakan memorandum kepada kerajaan bagi menyatakan pendirian dan tuntutan berhubung isu had umur belia serta pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Ringkasan AI
Memorandum itu diserahkan oleh jawatankuasa bertindak gabungan berkenaan yang mewakili pertubuhan belia kebangsaan, negeri, daerah, dan akar umbi di seluruh negara.
Menurut kenyataan mereka, isu had umur belia merupakan perkara signifikan kerana ia membabitkan dasar pembangunan belia negara, keterlibatan golongan muda dalam proses demokrasi serta kesinambungan kepimpinan generasi akan datang.
"Dua tuntutan utama memorandum itu ialah menangguhkan pelaksanaan had umur 30 tahun sehingga kajian menyeluruh dilaksanakan melibatkan semua pihak berkaitan serta semak semula Akta 668 dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas, termasuk mencadangkan penetapan umur belia di Malaysia pada lingkungan 15 hingga 35 tahun sebagai jalan tengah.
"Sebelum pindaan pada 2019, Akta 668 mendefinisikan belia sebagai individu berusia 15 hingga 40 tahun, namun pindaan tersebut menurunkan had umur kepada 15 hingga 30 tahun," katanya.
Mereka juga menegaskan bahawa pindaan berkenaan dibuat tanpa proses rundingan yang menyeluruh bersama pihak berkepentingan seperti Majlis Belia Malaysia serta Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN).
Sehubungan itu, Gabungan Belia Malaysia berpendapat langkah itu tidak mengambil kira realiti semasa dari segi sosioekonomi, cabaran pendidikan, pekerjaan dan pembangunan belia.
"Sehingga 4 Ogos 2025, hanya sekitar 11 peratus atau 927 daripada 8,233 pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah meminda perlembagaan masing-masing untuk melaksanakan had umur 30 tahun.
"Isu had umur belia bukan hanya soal teknikal perundangan, tetapi turut menyentuh masa depan kepimpinan negara," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendirian untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula 1 Januari 2026 selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019.
Ringkasan AI
- Gabungan Pertubuhan Belia Malaysia menyerahkan memorandum kepada kerajaan menuntut penangguhan pelaksanaan had umur belia 30 tahun dan semakan semula Akta 668.
- Mereka mencadangkan had umur belia ditetapkan antara 15 hingga 35 tahun serta penubuhan Jawatankuasa Khas untuk kajian menyeluruh.
- Hanya 11% pertubuhan belia telah meminda perlembagaan untuk had umur baharu, menunjukkan keperluan rundingan lebih inklusif dan mengambil kira realiti semasa.
Memorandum itu diserahkan oleh jawatankuasa bertindak gabungan berkenaan yang mewakili pertubuhan belia kebangsaan, negeri, daerah, dan akar umbi di seluruh negara.
Menurut kenyataan mereka, isu had umur belia merupakan perkara signifikan kerana ia membabitkan dasar pembangunan belia negara, keterlibatan golongan muda dalam proses demokrasi serta kesinambungan kepimpinan generasi akan datang.
"Dua tuntutan utama memorandum itu ialah menangguhkan pelaksanaan had umur 30 tahun sehingga kajian menyeluruh dilaksanakan melibatkan semua pihak berkaitan serta semak semula Akta 668 dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas, termasuk mencadangkan penetapan umur belia di Malaysia pada lingkungan 15 hingga 35 tahun sebagai jalan tengah.
"Sebelum pindaan pada 2019, Akta 668 mendefinisikan belia sebagai individu berusia 15 hingga 40 tahun, namun pindaan tersebut menurunkan had umur kepada 15 hingga 30 tahun," katanya.
Mereka juga menegaskan bahawa pindaan berkenaan dibuat tanpa proses rundingan yang menyeluruh bersama pihak berkepentingan seperti Majlis Belia Malaysia serta Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN).
Sehubungan itu, Gabungan Belia Malaysia berpendapat langkah itu tidak mengambil kira realiti semasa dari segi sosioekonomi, cabaran pendidikan, pekerjaan dan pembangunan belia.
"Sehingga 4 Ogos 2025, hanya sekitar 11 peratus atau 927 daripada 8,233 pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah meminda perlembagaan masing-masing untuk melaksanakan had umur 30 tahun.
"Isu had umur belia bukan hanya soal teknikal perundangan, tetapi turut menyentuh masa depan kepimpinan negara," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendirian untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula 1 Januari 2026 selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019.

#had umur belia
#Gabungan Pertubuhan Belia Malaysia
#penangguhan pelaksanaan
#semakan semula Akta 668