MALAYSIA
Gabungan ‘human graphic’, koir serikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya
Pelajar-pelajar sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan melakukan persembahan formasi Grafik Manusia pada sesi latihan sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya.
PUTRAJAYA: Persembahan gabungan ‘human graphic’ dan koir melibatkan seramai 2,000 pelajar dari 50 sekolah menengah seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal menjadi antara tarikan utama sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Ringkasan AI
Persembahan unik itu menggabungkan formasi grafik manusia dengan alunan vokal empat bahagian yang membawa mesej perpaduan dan semangat patriotik, selaras dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Ketua jurulatih persembahan, Ahmad Hafiz Awaludin, berkata pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 yang terlibat telah menjalani latihan intensif selama dua bulan, termasuk sesi kelompok di KSL Esplanade Mall, Klang sejak Jun lalu.
“Setiap pelajar dipilih berdasarkan keupayaan vokal dan gerakan kreatif. Mereka bukan sahaja perlu menghafal hampir 30 lagu, tetapi juga menguasai disiplin masa dan kerjasama dalam kumpulan besar,” katanya.
Jurulatih utama koir, Ong Zen Kai, menyifatkan gabungan ini sebagai yang terbesar dalam sejarah sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.
“Setiap suara melambangkan kaum yang berbeza, dan harmoni vokal ini mencerminkan perpaduan negara.
"Seperti muzik yang indah terhasil daripada pelbagai suara, Malaysia akan terus makmur jika kita bersatu,” katanya ketika ditemui media pada sesi latihan berpusat di KSL Esplanade Hotel baru-baru ini.
Dia turut berkongsi bahawa pada awalnya agak ragu-ragu untuk mengendalikan 2,000 pelajar secara serentak, namun keyakinan meningkat selepas menyaksikan semangat dan komitmen peserta.
“Biasanya saya latih 30 hingga 40 pelajar sahaja, tetapi semangat Malaysia jelas terpancar apabila setiap peserta memberi yang terbaik demi menyampaikan persembahan bermakna,” katanya.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk "Wau Bulan", "Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu", "Dia Datang", dan lagu khas bertema "Malaysia MADANI".
Persembahan dijangka menjadi kemuncak acara dengan paparan grafik manusia membentuk simbol kebangsaan seperti Jalur Gemilang dan peta Malaysia.
Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Chempaka Camelia Soffian, 15, berkata dia teruja apabila menjadi antara yang terpilih dalam persembahan koir di pentas utama.
"Ini pengalaman pertama saya sertai Hari Kebangsaan. Pukul 3 pagi dah bersiap dan bertolak dari sekolah pukul 4.30 pagi. Mengantuk tapi bila sampai di sini, terus rasa seronok tengok ramai kawan dari sekolah lain sama-sama naik pentas utama.
"Walaupun kena bangun awal dan berlatih berhari-hari, bila berdiri di pentas utama dengan rakan-rakan dari seluruh Selangor, saya rasa bangga sangat jadi rakyat Malaysia. Memang pengalaman yang saya takkan lupa,” kata Chempaka Camelia.
Bagi pelajar SMK Saujana Putra, Nik Alesya Dania Zaidi, dia berasa bertuah terpilih menyertai persembahan tersebut selepas melalui proses temu duga dan saringan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
“Selalunya saya hanya menonton sambutan Hari Kebangsaan di televisyen, tetapi kali ini saya dapat merasai sendiri suasana dan semangatnya. Ia benar-benar meningkatkan rasa cinta saya terhadap negara,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Arif Naqib Khairul Kamal, 15, dari SMK Pandan Jaya berkata latihan intensif dan pemahaman terhadap lirik lagu telah mendalamkan penghayatannya terhadap erti kemerdekaan.
“Saya pernah nyanyikan lagu-lagu ini sebelum ini, tetapi kali ini berbeza. Suara 2,000 pelajar bergema serentak memberikan rasa meremang bulu roma.
"Saya percaya perasaan itu hadir kerana kami faham setiap bait lirik dan mesej yang ingin disampaikan,” katanya.
Pasukan ‘human graphic’ yang diketuai Ahmad Hafiz telah menjalani latihan selama lapan jam sehari, empat hari seminggu sejak dua bulan lalu.
Persembahan turut menampilkan props seperti kipas, bendera dan payung, serta akan mengiringi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam menyampaikan lagu tema sambutan.
Jabatan Penerangan Malaysia dalam pada itu mengumumkan jadual rasmi raptai bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya.
Menurut hantaran di platform X, tiga sesi raptai akan diadakan bermula 27 Ogos (Rabu) dan Raptai Penuh pada 29 Ogos (Jumaat), 6.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Raptai penuh pada 29 Ogos dijangka melibatkan semua komponen utama perarakan dan persembahan, termasuk pasukan keselamatan, agensi kerajaan, kontinjen pelajar, serta persembahan khas seperti gabungan koir dan ‘human graphic’ yang melibatkan 2,000 pelajar dari seluruh Selangor.
Orang awam yang ingin menyaksikan raptai digalakkan hadir lebih awal kerana beberapa laluan utama di sekitar Presint 2 dan Presint 3 akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pergerakan peserta dan logistik acara.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Dataran Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada 16 September.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Seramai 2,000 pelajar dari 50 sekolah menengah Selangor dan Wilayah Persekutuan akan mempersembahkan gabungan human graphic dan koir sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, membawa mesej perpaduan selaras tema Malaysia MADANI.
- Persembahan melibatkan latihan intensif selama dua bulan, dengan pelajar menghafal hampir 30 lagu dan membentuk simbol kebangsaan seperti Jalur Gemilang dan peta Malaysia menggunakan props seperti kipas, bendera dan payung.
- Persembahan akan diiringi Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu tema, dan dijangka menjadi kemuncak acara sebelum sambutan Hari Malaysia berlangsung di Pulau Pinang pada 16 September.